Steel Hawk terima lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali sediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengubahsuaian | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Steel Hawk terima lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali sediakan perkhidmatan penyelenggaraan dan pengubahsuaian

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Feb - Steel Hawk Bhd menerusi Steel Hawk Engineering Sdn Bhd menerima lanjutan kontrak selama setahun daripada Petronas Carigali Sdn Bhd bagi perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian (MCM) Pakej B Semenanjung Malaysia.

 

Kumpulan itu berkata, lanjutan kontrak itu bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2025.

 

"Kontrak itu adalah berdasarkan jumlah kerja (yang tidak mempunyai nilai tetap) dan kumpulan itu ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan tertentu untuk tempoh kontrak tersebut dan apabila perkhidmatan tersebut diperlukan," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

 

 

Kumpulan itu berkata, kontrak tidak mempunyai sebarang kesan ke atas modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.

 

Katanya, kontrak itu dijangka tidak mempunyai sebarang kesan material ke atas aset bersih Steel Hawk dan anak syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.

 

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan Steel Hawk Group untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025," katanya.

 

Kontrak itu juga tidak akan mendedahkan syarikat kepada sebarang risiko baharu kerana ia sudah terlibat secara aktif dalam perkhidmatan serupa. - DagangNews.com