KUALA LUMPUR 9 Julai — Saham Aeon Credit Service (M) Berhad susut dalam dagangan hari ini apabila ramai pelabur berwaspada terhadap laporan suku pertama yang lemah, menurut penganalisis.
Ramai kalangan mereka dilaporkan lebih berhati-hati terhadap risiko jangka pendek prospek kumpulan kredit tersebut disebabkan pelbagai faktor antaranya kelembapan ekonomi umum dan kadar inflasi.
Semalam, syarikat berkenaan melaporkan keuntungan bersih teras untuk tempoh tiga bulan berakhir pada 31 Mei 2025 (1QFY26) yang mencapai hanya 20 peratus daripada ramalan setahun penuh konsensus.
Keadaan negatif tersebut katanya, berikutan oleh langkah hapus kira yang lebih tinggi daripada jangkaan, dan mendorong penganalisis untuk mengurangkan ramalan pendapatan mereka untuk tahun itu.
Firma penyelidikan, Kenanga Research berkata, sebilangan besar daripada pelanggan Aeon Credit dalam kalangan berpendapatan rendah mungkin 'menimbulkan beberapa cabaran' selepas suku pertama.
"Keadaan berkenaan seterusnya mengakibatkan syarikat itu mungkin perlu memperlahankan pertumbuhan pinjaman untuk meminimumkan pendedahan risiko keseluruhan dan melindungi kualiti kredit, katanya.
Harga saham Aeon Credit merosot hampir dua peratus kepada RM5.55, iaitu paras terendah sejak 24 Jun 2025, di tengah-tengah pemulihan pasaran yang lebih luas daripada penjualan besar sebelumnya.
Saham itu juga mengalami kerugian selepas Aeon Credit berpandukan potensi kerugian yang lebih luas berbanding jangkaan dan kesan daripada cukai jualan dan perkhidmatan yang diperluaskan.
Setakat tahun ini, Aeon Credit telah merosot kira-kira sembilan peratus dengan kini terdapat tiga firma penyelidikan yang membuat saranan 'pegang' dan dua 'beli' kepada potensi saham Aeon Credit.
Harga sasaran purata kini ialah RM6.38 sesaham, menurut Bloomberg, yang membayangkan masih ada lagi potensi keuntungan hampir 15 peratus daripada harga terakhirnya dalam tempoh 12 bulan akan datang.
"Kami meramalkan pemangkin jangka terdekat terhad untuk penarafan semula ekoran kerugian berterusan daripada AEON Bank yang memiliki 50 peratus ekuiti Aeon Credit," kata CIMB Securities dalam notanya.
Selain itu, firma penyelidikan itu menyatakan situasi lemah disebabkan latar belakang makroekonomi yang mencabar manakala kerugian di Aeon Bank, khususnya, boleh meningkat pada suku akan datang.
Sementara itu RHB Research berkata, pertumbuhan pinjaman Aeon Credit masih kelihatan 'baik' daripada tahun ke tahun dalam jumlah belum terima pembiayaan kasar dan kualiti aset asas juga kekal.
Kata firm tersebut, perkembangan itu berdasarkan perlindungan kerugian pinjaman kesihatan melebihi 200 peratus yang berjaya direkodkan pengurusan syarikat berkenaan sendiri pada tempoh suku pertama
Walaupun ia 'tidak terlalu prihatin' terhadap kualiti aset, firma itu berkata, tiga bulan pertama yang lemah berkemungkinan akan membawa kepada ramalan prospek pertumbuhan yang lebih rendah.
"Ketika ini, kami masih menjangka beberapa pemulihan pendapatan pada suku yang tinggal untuk FY26 didorong oleh penyederhanaan dalam aspek kos kredit," tambah RHB Research. - DagangNews.com








