RUU pisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini - Azalina | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

RUU pisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya, had tempoh jawatan PM dibentang Isnin ini - Azalina

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 20 Feb – Rang undang-undang untuk memisahkan peranan Peguam Negara (A-G) dan Pendakwa Raya (PP) serta mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin ini.

 

Perkara itu disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam taklimat media mengenai rang undang-undang berkenaan.

 

Bacaan kedua bagi rang undang-undang untuk memisahkan peranan A-G dan PP dijadualkan pada 2 Mac dan akan dibentangkan sendiri oleh Azalina.

 

Sementara itu, bacaan kedua bagi rang undang-undang mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 3 Mac.

 

Azalina turut memaklumkan satu taklimat rasmi mengenai rang undang-undang itu akan diadakan di Parlimen pada Isnin.

 

solar

 

Sebelum ini, Anwar memberitahu reformasi untuk memisahkan peranan A-G dan PP akan dilaksanakan tahun ini.

 

Pada Januari lalu, Azalina mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun. - DagangNews.com