RMK13: Nilai eksport halal disasar dinaikkan kepada RM80 bilion - PM Anwar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

RMK13: Nilai eksport halal disasar dinaikkan kepada RM80 bilion - PM Anwar

KUALA LUMPUR 31 Julai — Kerajaan berhasrat menyasarkan nilai eksport halal negara ke seluruh dunia untuk terus meningkat kepada RM80 bilion.

 

Selain itu, sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga disasarkan bertambah kepada 11 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perhatian akan terus diberikan kepada sektor strategik yang memberikan impak tinggi kepada ekonomi negara.

 

Aantaranya kata beliau, ialah industri halal, industri kewangan, industri pelancongan, industri kreatif dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

 

“Dalam RMK13, negara menyasarkan nilai eksport halal, terus meningkat kepada RM80 bilion dan sumbangan industri halal kepada KDNK naik kepada 11 peratus,” katanya ketika membentangkan RMK13 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

 

Beliau berkata langkah bagi meningkatkan nilai eksport halal negara didukung dengan penubuhan Suruhanjaya Halal Malaysia dan pembangunan Halal Industrial Park, antaranya di Melaka, Perak dan Kelantan. - BERNAMA