Ringgit mungkin jatuh ke paras RM4.45, jika mata wang pasaran baru muncul alami tekanan - Kenanga Research  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ringgit mungkin jatuh ke paras RM4.45, jika mata wang pasaran baru muncul alami tekanan - Kenanga Research 

Gambar NAIM AZIZ/Dagangnews
Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 31 Jan - Ringgit diunjur menyusut antara RM4.40 dan RM4.45 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), jika tarif yang diperkenalkan Presiden, Donald Trump memberi tekanan kepada mata wang pasaran baru muncul (EM). 

 

Kenanga Research berkata, ringgit mengukuh di bawah paras RM4.40 sedolar AS pada Jumaat lepas dan mengekalkan keuntungannya minggu ini, didagangkan dalam julat sempit RM4.38 sehingga RM4.39.

 

Katanya, mata wang tempatan itu meraih manfaat daripada nilai dolar AS yang lebih lemah memandangkan indeks AS dolar (DXY) jatuh ke arah 107.0, pada mulanya ditekan oleh kenyataan Trump yang kemungkinan melonggarkan tarif ke atas China.

 

"Nilai dolar AS jatuh lagi pada Isnin akibat penjualan saham berkatan kecerdasan buatan (AI) AS susulan DeepSeek, sebuah aplikasi AI China menimbulkan kerbimbangan terhadap Rizab Persekutuan (Fed) mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati. 

 

"Bagaimanapun, pendirian tegas Fed merendahkan kemungkinan mengenai sebarang pelonggaran dasar monetari.

 

"DXY kembali kukuh pada hari Selasa apabila Trump megumumkan ancaman tarifnya, manakala pertumbuhan AS yang berdaya tahan dan pemotongan kadar oleh Bank Pusat Eropah (ECB) dan Bank of Canada memberi sokongan tambahan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

 

Firma penyelidikan itu berkata, pelabur sedang memerhati pasaran bacaan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE)  yang boleh mempengaruhi jangkaan Fed. 

 

Dasar tarif yang terakhir pada 1 Februari 2025 melibatkan pasaran di Kanada, Mexico dan China menambah satu lagi lapisan ketidakpastian serta mengekalkan lagi nilai dolar AS.

 

Sementara itu, Kenanga berpendapat "neutral" ke atas nilai ringit berbanding dolar AS. 

 

Katanya, rintangan segera berada pada (R1) 4.416, dengan potensi pergerakan ke arah (R2) 4.425 jika Trump meneruskan rancangan tarif. - DagangNews.com