KUALA LUMPUR 28 Mac - Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual Bhd mengisytiharkan pengagihan lebih RM148 juta untuk lima dana.
Dalam satu kenyataan, Public Mutual mengumumkan pengagihan kasar sebanyak 1.82 sen seunit untuk Public Regular Savings Fund, 0.90 sen seunit untuk Public Institutional Bond Fund, dan 0.30 sen seunit untuk Public e-Asia Pacific REITs Flexi Fund.
Pengurus unit amanah itu juga mengumumkan 1.50 sen seunit untuk Public Mutual PRS Conservative Fund dan 1.25 sen seunit untuk Public Mutual PRS Islamic Conservative Fund.
Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 180 dana di bawah pengurusannya.

Ia juga merupakan penyedia skim persaraan swasta (PRS) yang diluluskan, menguruskan sembilan dana PRS. - DagangNews.com








