Prospek Kossan Rubber diramal negatif, penganalisis semak turun anggaran hasil sebanyak 14% akibat volum sarung tangan getah rendah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Prospek Kossan Rubber diramal negatif, penganalisis semak turun anggaran hasil sebanyak 14% akibat volum sarung tangan getah rendah

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 21 Feb - Anggaran hasil Kossan Rubber Industries disemak turun sebanyak 14% akibat volum sarung tangan getah rendah dan sumbangan lemah daripada bahagian Produk Getah Teknikal (TRP). 

 

AmInvestment berkata, anggaran pendapatan hasil kumpulan itu diturukan akibat aktiviti pemuatan hadapan oleh pembeli Amerika Syarikat (AS) dan kelembapan projek infrastruktur.

 

Walaubagaimanapun,firma penyelidikan itu berkata, Kossan masih lagi mempunyai kunci kira-kira sihat dengan kedudukan tunai bersih sebanyak RM1.6 bilion pada akhir Disember 2024.

 

Katanya, ia mengekalkan prospek negatif terhadap Kossan walaupun firma tersebut menaikkan sarannya daripada "beli" kepada "pegang" dengan harga sasaran (TP) RM1.60 sesaham.

 

"Kossan mencatat untung bersih ada tahun kewangan 2024 (FY24) RM120 juta, mewakili kenaikan 122.2% tahun ke tahun (YoY), yang memenuhi jangkaan kami masing-masing 96% dan 99% daripada konsensus ramalan tahunan kami.

 


"Walaupun hasil 4QFY24 meningkat sebanyak 29.4% YoY, keuntungan bersih pada suku tersebut menyusut 21.5% kepada RM13.2 juta (YoY) akibat pembayaran cukai lebih tinggi dan TRP lemah," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini. 

 


Firma penyelidikan itu juga berkata, walaupun penguatkuasaan tarif import AS ke atas sarung tangan getah medikal buatan China memberi manfaat kepada Kossan, prospek jangka pendek kumpulan itu mungkin dilihat negatif akibat kelembapan pesanan disebabkan oleh aktiviti pemuatan hadapan oleh pembeli AS pada suku keempat 2024 (4Q24).

 

Sementara itu, katanya, pengeluar China sedang mengembangkan kapasiti secaraagresif untuk mengimbangi kesan tarif. 

 

"Dari segi kos, Kossan akan terjejas oleh kenaikan kos buruh berikutan gaji minimum yang lebih tinggi dan cadangan 2% caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pekerja asing," katanya.


Dalam nota penyelidikan berasingan, Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan saranan "pegang" ke atas Kossan dan menaikkan unjuran pendapatan kumpulan pada FY25 sebanyak 31%.

 

Maybank IB juga meurunkan TP kepada RM1.99 daripada RM2.49, mencerminkan risiko bekalan yang dijangkakan pada separuh kedua 2026 (2H26). 

 

"Perubahan kos lateks mendadak, persaingan sengit dan pertukaran wang (forex) ringit dan dolar AS yang lebih lemah boeh menjejaskan saranan dan pendapatan kumpulan," katanya.  - DagangNews.com