Press Metal berkemungkinan besar catat hasil lebih rendah pada RM440 juta akibat harga alumina tinggi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Press Metal berkemungkinan besar catat hasil lebih rendah pada RM440 juta akibat harga alumina tinggi

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 10 Feb - Hasil Press Metal Aluminium Holdings Bhd dianggar lebih rendah dalam julat RM340 juta sehingga RM440 juta pada suku keempat tahun kewangan 2024 berakhir pada 31 Disember 2024 (4QFY24) akibat harga alumina yang dijangka naik.

 

Affin Hwang Investment Bank Research menjangkakan harga alumina naik pada purata 27% berbanding dengan purata harga yang terdahulu sebanyak 17%.

 

Pasaran global aluminium mungkin mengalami defisit kerana kadar perkembangan permintaan mengatasi pertumbuhan keluaran, menurut Bloomberg. 

 

"Permintaan aluminium dijangka menyusut sebanyak 2.9%, didorong oleh pertumbuhan penggunaan China yang lebih perlahan serta permintaan lemah berterusan dari Eropah apabila pengeluar peralatan asli automotif atau OEM mengurangkan pengeluaran.

 

"Dari segi bekalan, keluaran aluminium China menghampiri kapasiti tahunan 45 tan berikutan operasi berkuasa hidro yang kukuh, manakala kelewatan kilang baharu di Indonesia dan India mengehadkan pertumbuhan pengeluaran global," katanya.

 


Katanya, selain daripada permintaan lemah, Bursa Logam London meningkat kepada AS$2,525 dan AS$2,575 setan bagi 2025 dan 2026, mencerminkan pertumbuhan permintaan mengatasi perkembangan bekalan yang dijangkakan.

 

Di samping itu, harga alumina telah menurun kepada sekitar AS$565 setan daripada paras tertinggi AS$800 setan pada Disember 2024, berikutan pemulihan bekalan dari Brazil, Guinea dan China.

 


Firma penyelidikan iu berkata, pasaran alumina global dijangka memasuki pada kadar lebihan pada 2025, dengan bekalan meningkat 4%, mengatasi pertumbuhan permintaan sebanyak 1.3% didorong oleh peningkatan output dari China, Indonesia dan India.

 

Katanya, harga Press Metal tidak menaik dengan ketara kerana sumbangan syarikat bersekutu yang lebih kukuh daripada PT Bintan di Indonesia.

 

Olrh itu, Affin Hwang mengekalkan saranan "beli" ke atas Press Metal dengan harga sasaran (TP) lebih tinggi iaitu RM5.70 sesaham.- DagangNews.com