PM Anwar dijadual umum penghargaan buat rakyat Malaysia esok, kata Fahmi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM Anwar dijadual umum penghargaan buat rakyat Malaysia esok, kata Fahmi

KUALA LUMPUR 22 Julai — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman mengenai penghargaan buat semua rakyat Malaysia pagi esok, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

 

“YAB Perdana Menteri akan membuat pengumuman berkenaan penghargaan buat semua rakyat Malaysia pada 10.30 pagi, Rabu 23 Julai 2025.

 

“Nantikan,” kata Fahmi secara ringkat menerusi akaun Facebooknya.

 

Anwar ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya semalam berkata, penghargaan luar biasa kepada rakyat itu, akan diumumkan pada hari ini atau esok (Rabu).

 

Sebelum ini, Perdana Menteri dalam hantaran di laman sosial Facebook memaklumkan akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia.

 

Bagaimanapun, tiada perincian dinyatakan mengenai bentuk pengumuman berkenaan. - BERNAMA