PM Anwar dan Wan Azizah ucap selamat hari lahir ke-100 tahun kepada Tun Dr Mahathir | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM Anwar dan Wan Azizah ucap selamat hari lahir ke-100 tahun kepada Tun Dr Mahathir

TUN Dr Mahathir Mohamad (hadapan) dirakamkan menunggang basikal bagi mengisi masa terluangnya. - Foto ihsan Facebook Anwar Ibrahim
Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 10 Julai — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-100 kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

 

Beliau berkata, usia panjang tokoh itu disebabkan gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti sehingga menjadi teladan kepada sebuah negara sedang menua namun tetap ada harapan tinggi.

 

Selain itu, beliau menerusi hantaran dalam akaun media sosialnya turut mendoakan agar negarawan yang pernah dilantik sebagai perdana menteri keempat dan ketujuh tersebut sentiasa dirahmati oleh Allah.

 

"Saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah mendoakan setulusnya agar Tun dikurniakan kesejahteraan, ketenangan jiwa, dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna," nukil Anwar lagi.

 

Dr Mahathir lahir pada 10 Julai 1925 di Alor Setar, Kedah yang ketika itu di bawah penjajahan British, serta pernah memimpin pelbagai parti politik sepanjang perkhidmatannya. - DagangNews.com