Pinjaman sektor perbankan diyakini berkembang 6% dipacu oleh projek JS-SEZ, kata penganalisis | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pinjaman sektor perbankan diyakini berkembang 6% dipacu oleh projek JS-SEZ, kata penganalisis

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 3 Feb - Pinjaman bagi sektor perbankan diramal berkembang sebanyak 6% disokong oleh projek Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan pembinaan pusat data yang sedang berjalan. 


Kenanga Research berkata, kadar OPR stabil sebanyak 3% dijangka akan mendorong pertumbuhan pinjaman sekor perbankan. 

 

Bagaimanapun, firma penyelidikan itu berkata, pertumbuhan deposit dijangka menyusut pada 3% memandangkan bank tidak mungkin berkembang lebih agresif dalam tempoh terdekat.


"Ketidaktentuan dalam dasar perdagangan asing dan rasionalisasi subsidi RON95 mungkin menghalang pengguna untuk membuat pinjaman," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "overweight" ke atas sektor perbankan. 

 

"Dalam liputan kami, Kami menyukai  AMMB Holdings Bhd kerana ROE yang lebih kukuh dipacu oleh pendapatan yang lebih kukuh berbanding memperoleh bahagian pasaran dalam segmen yang kurang menguntungkan.

 

"Antara bank bermodal besar, kami menyukai Malayan Banking Bhd (Maybank). 

 

"Walaupun penguasaan pasarannya yang terkemuka, ia masih memegang kualiti aset yang lebih baik daripada industri dengan pertumbuhan pendapatan dijangka mengatasi rakan sejawatannya," katanya.

 

Di samping itu, TA Securities mengurangkan unjuran pertumbuhan pinjaman 2025 daripada 6.4% kepada 6.2%, disokong oleh pertumbuhan pinjaman pengguna dan perniagaan sebanyak 6.7% dan 5.5%.

 

Katanya, antara pemacu pertumbuhan pinjaman sektor perbankan adalah sektor penguna, dibantu oleh pasaran buruh yang berdaya tahan, dasar yang menyokong dan permintaan pengguna stabil.

 

“Pinjaman perniagaan kecil dan sederhana (PKS) juga dijangka mendapat momentum, didorong oleh aktiviti pembuatan, teknologi dan pembinaan kukuh.

 

"Dengan itu kami mengeklkan saranan "overweight" ke atas sektor perbankan," katanya dalam satu nota penyelidikan, hari ini.

 

"Cadangan utama kami untuk industri ialah tiga bank tersenarai teratas, Public Bank Bhd, CIMB, dan Maybank, yang kami jangka akan berada di barisan hadapan untuk mendapat manfaat daripada peningkatan dalam perbelanjaan domestik, prospek ekonomi yang kukuh, pelaburan yang teguh dan peningkatan aktiviti modal. 

 

"Walaubagaimanpun kami menetapkan saranan "beli" ke atas AMMB, Hong Leong Bank, RHB Bank, Affin Bank dan Alliance Bank," katanya.  - DagangNews.com