Pertumbuhan untung bersih Vitrox pada 2Q dijangka kekal selepas catat kerugian akibat forex | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pertumbuhan untung bersih Vitrox pada 2Q dijangka kekal selepas catat kerugian akibat forex

Oleh Amree Ahmad

KUALA LUMPUR 24 Julai — Keuntungan bersih Vitrox Corp Berhad tidak berubah pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2025, selepas kumpulan tersebut mencatatkan kerugian akibat pertukaran asing.

 

Syarikat berkenaan dijangka merekodkan peningkatan 33.4% tahun ke tahun (YoY) dan pada suku itu, ia melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM28.13 juta, berbanding RM28.1 juta pada suku sama 2024.

 

Tambahnya, perolehan kumpulan itu meningkat kepada sebanyak RM183.04 juta daripada RM137.2 juta pada suku perbandingan apabila perniagaan terasnya berjaya mencatatkan pertumbuhan dua digit.

 

"Vitrox memberi fokus perniagaan pemeriksaan papan automatik (ABI) dan sistem penglihatan mesin (MVS) dengan ABI kekal sebagai penyumbang terbesar," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

 

Sementara itu tambah kumpulan berkenaan, MVS pula dikenal pasti berjaya mendapat manfaat daripada kerja-kerja penghantaran pengendalian dulang dan sistem penglihatan yang semakin lebih kukuh.

 

Dalam tempoh enam bulan, keuntungan bersih kumpulan meningkat kepada RM52.29 juta daripada RM45.33 juta pada 1HFY24 manakala hasil pula meningkat kepada RM324.16 juta daripada RM256.81 juta.

 

Menurut tinjauan kumpulan itu, pasaran semikonduktor global dijangka memperoleh semula momentum yang kukuh pada separuh kedua 2025, disokong permintaan meningkat dalam beberapa perkara.

 

Ini kata Vitrox, termasuk infrastruktur kecerdasan buatan (AI), peranti berdaya teknologi komunikasi generasi kelima atau 5G, kenderaan elektrik (EV) dan teknologi perubatan termaju.

 

"Kumpulan itu kekal berhati-hati untuk mendapat manfaat daripada pemulihan permintaan yang dijangkakan dengan melabur berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)," katanya.

 

Katanya, langkah berdisipilin syarikat akan membantu ia kekal relevan dari segi teknologi, namun beberapa isu luaran termasuk tarif tinggi Amerika Syarikat (AS) boleh menjejaskan margin syarikat.

 

Selain itu, ia merujuk risiko turun naik kadar pertukaran mata wang asing dan kekurangan komponen yang menyebabkan kumpulan menguruskan kos secara berhemat. - DagangNews.com