Persidangan Perhubungan Awam Global anjuran PRactitioners diadakan pada 13-15 November 2025 di Kuala Lumpur | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Persidangan Perhubungan Awam Global anjuran PRactitioners diadakan pada 13-15 November 2025 di Kuala Lumpur

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 13 OgosGlobal Public Relations Conference & Festival 2025 (GPRCFMY 2025) anjuran Public Relations Practitioners Society of Malaysia (PRactitioners) mengumumkan jalinan kerjasama strategik bersama rakan industri terkemuka bagi memperkukuh profil, capaian dan impak acara di peringkat tempatan dan global.

 

Persidangan sulung ini bakal berlangsung pada 13 hingga 15 November di World Trade Centre Kuala Lumpur bertemakan “Humanity Amplified: Redefining Public Relations in the Age of Intelligence” dan akan menghimpunkan profesional perhubungan awam, pemimpin komunikasi dan penggerak perubahan dari seluruh dunia.

 

Antara rakan strategik yang diumumkan ialah:

  • Malaysian Press Institute (MPI) – Presiden, Datuk Yong Soo Heong

  • National Press Club (NPC) – Presiden, Datuk Ahirudin Attan

  • Public Relations and Communications Association of Malaysia (PRCAM) – Presiden, Prof. Mohd Said Bani

  • Malaysian Institute of Management (MIM) – Ketua Pegawai Eksekutif, Kabenesh Eliathamby

  • Malaysian Advertisers Association (MAA) – Presiden, Claudian Navin Stanislaus

  • Malaysian Association of Communications Educators (MACE) – Presiden, Prof. Dr. Mohd Yahya Mohamed Ariffin

  • Malaysia HR Forum – Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Arulkumar Singaraveloo



 

Xi

 


Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Presiden PRactitioners, Datuk P. Kamalanathan berkata, sokongan rakan strategik mencerminkan dedikasi bersama untuk memajukan industri komunikasi dan mewujudkan platform serantau bagi pembangunan profesional, dialog dan inovasi.

 

“Kerjasama ini adalah usaha kolektif untuk meningkatkan piawaian serta pengaruh profesion komunikasi selain membina rangkaian rentas industri,” katanya dalam majlis pengumuman rasmi di IACT College semalam.

 

GPRCFMY 2025 bakal menawarkan sesi panel pakar, ucaptama, bengkel interaktif, pameran industri dan peluang jaringan strategik bagi membincangkan peranan baharu perhubungan awam dalam era digital yang pantas berubah.

 

Ketua Pegawai Eksekutif IACT College, Timothy Chan berkata, pihaknya berbangga dapat terus menyokong PRactitioners selepas menjadi tuan rumah pelancaran Hari PR Sedunia 2024.

 

Maklumat lanjut dan pengumuman rakan strategik tambahan akan dibuat dalam masa terdekat. Peserta digalakkan mendaftar awal melalui laman sesawang rasmi penganjur.

 

Public Relations Practitioners Society of Malaysia (PRactitioners) adalah sebuah badan profesional bebas dan tidak berasaskan keuntungan yang komited untuk menyatukan, memperkasa, dan memajukan profesion perhubungan awam dan komunikasi di Malaysia.

 

Berteraskan pematuhan etika, kepimpinan, dan inovasi industri, PRactitioners menyediakan platform kolaborasi bagi pembangunan profesional dan kepimpinan pemikiran. Inisiatif utama seperti GPRCFMY mencerminkan misi Persatuan untuk mengangkat komuniti komunikasi Malaysia serta memperkukuh suara negara di pentas global. - DagangNews.com