KUALA LUMPUR 5 Feb - Sektor pembuatan diramal lemah pada awal tahun ini dengan kebanyak perniagaan hanya menunjukkan peningkatan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan luaran yang berterusan, kata TA Securities.
Katanya, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan S&P Global Malaysia yang diselaraskan secara bermusim berada pada 48.7, meningkat sedikit berbanding 48.6 pada Disember 2024, menunjukkan penguncupan bulan kelapan berturut-turut dalam sektor itu.
Firma penyelidikan itu optimis dan kekal berhati-hati terhadap prospek tahun hadapan, memetik kedua-dua risiko dan peluang yang timbul daripada peralihan dinamik perdagangan global.
TA Securities berkata, data PMI terkini menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang sederhana, walaupun masih positif, dengan jangkaan peningkatan berterusan tahun ke tahun dalam angka pengeluaran rasmi.
“Data PMI terkini menunjukkan pertumbuhan ekonomi adalah sederhana, walaupun masih positif dan mencadangkan peningkatan berterusan tahun ke tahun dalam angka pengeluaran rasmi pembuatan.
"Menurut S&P Global, bacaan PMI utama 31.4 sejajar dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan sifar," katanya dalam satu nota kajian.
Firma penyelidkan itu berkata, walaupun permulaan tahun yang lemah, sentimen dalam sektor pembuatan Malaysia kekal kukuh.
“Sentimen dalam sektor perkilangan Malaysia kekal positif pada permulaan 2025, dengan jangkaan permintaan yang bertambah baik menyemarakkan keyakinan untuk pertumbuhan keluaran pada tahun hadapan.
"Bagaimanapun, keyakinan perniagaan menjadi lemah, mencapai paras terendah dalam tujuh bulan, mencerminkan ketidaktentuan yang berlarutan dalam persekitaran luaran," katanya.
TA Securities berkata, kemungkinan kesan daripada perkembangan perdagangan terkini yang melibatkan Amerika Syarikat dan rakan dagangan utamanya.
“Kesan potensi perang perdagangan Donald Trump terhadap rakan dagangan utama masih tidak pasti pada peringkat ini.
"Sebarang kelembapan dalam aliran perdagangan China boleh memberi kesan tidak langsung kepada Malaysia, memandangkan China adalah salah satu destinasi eksport terbesar Malaysia," katanya. - DagangNews.com








