Pemulihan semula hasil VS Industry diyakini lebih kukuh pada 4QFY25 — UOBKH | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pemulihan semula hasil VS Industry diyakini lebih kukuh pada 4QFY25 — UOBKH

Oleh

KUALA LUMPUR 4 Julai — VS Industry Berhad diyakini menyaksikan pemulihan semula hasil yang kukuh pada suku keempat tahun kewangan 2025, menurut UOB Kay Hian (UOBKH) Research.


Firma penyelidikan tersebut berkata, perkembangan positif itu akan diikuti dengan perubahan dari segi prestasi perolehan pada FY26 dengan disokong oleh landskap operasi yang lebih menggalakkan.


Tambahnya, nilai saham kumpulan perkhidmatan pembuatan elektronik tersenarai yang kedua terbesar di negara ini, masih lagi di atas jadual dan didagangkan di bawah purata tujuh tahun hadapannya.


"Pendorong tambahan kepada pemulihan boleh datang daripada potensi syarikat ini sendiri yang mula memasuki industri baharu di samping peluang menarik lain," kata UOBKH dalam satu nota kajiannya.


Menurutnya, sembilan bulan pertama FY25 penuh cabaran termasuk masalah pertukaran asing pada suku pertama dan pelarasan inventori daripada pelanggan utama di Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua.


VS Industry turut berdepan dengan beberapa gangguan operasi yang dikaitkan 'Hari Pembebasan' pada suku ketiga berikutan kebimbangan terhadap isu pelaksanaan tarif timbal balik oleh kerajaan AS.


Bagaimanapun, pelanggan akhirnya kekal berhati-hati ketika ketidaktentuan harga dengan strategi inventori tepat dalam masa singkat sementara menunggu tarikh akhir perdagangan 9 Julai 2025.


UOBKH berpandangan bahawa pemuatan semasa menunjukkan daya tahan permintaan yang lebih asas turut menetapkan peringkat untuk prestasi pendapatan yang kukuh secara berturutan kepada syarikat itu.


Ini terutamanya didorong oleh aliran tempahan daripada ramai pelanggan utamanya yang kekal teguh, serta disokong oleh pelancaran dua model baharu apabila mula memasuki pengeluaran pada 1QFY25.


Secara selari kata firma penyelidikan itu, VS Industry kebetulan telah dianugerahkan tempahan untuk empat model tambahan di dalam negara dengan satu sudah dalam pengeluaran setakat Mei 2025.


“Baki tiga lagi berada dalam keadaan bersedia untuk menunggu arahan yang selanjutnya, dan boleh meletakkan kumpulan ini untuk peningkatan semula dalam penggunaan kapasiti operasi," kata UOBKH.


Sekiranya berjaya, ia mampu menjana pendapatan lebih kukuh menjelang FY26 dengan potensi hasil tambahan sebanyak RM800 juta dan meletakkan VS Industry berada pada kedudukan baik untuk FY26.


Di samping itu katanya, operasinya di Filipina semakin maju dengan pengeluaran besar-besaran produk penjagaan kecantikan sudah dijalankan dan dijangka menyumbang RM40 juta pada FY25.


Dalam kedudukan strategik, Filipina bertindak sebagai lindung nilai tarif dan mendapat manfaat pengecualian cukai lima tahun selain boleh menjana RM1.7 bilion dalam jualan tahunan kumpulan.


Berdasarkan perkembangan positif itu, UOBKH mengekalkan saranan 'beli' ke atas VS Industry manakala harga sasaran diunjur lebih tinggi kepada RM1 sesaham. - DagangNews.com