NexG diunjur catat hasil lebih tinggi, berpotensi raih lebih banyak kontrak pada suku akan datang - MIDF Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

NexG diunjur catat hasil lebih tinggi, berpotensi raih lebih banyak kontrak pada suku akan datang - MIDF Research

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 21 Feb - NexG Bhd berpotensi dianugerahi lebih banyak kontrak memandangkan kumpulan itu akan mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan, terutamanya portfolio pendapatan daripada syarikat swasta, kata MIDF Research.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan kumpulan itu yang sebelumnya dikenali sebagai Datasonic Group Bhd  mencatat pendapatan lebih tinggi pada suku tahun kewangan akan datang.


Terdahulunya, hasil NexG pada suku ketiga tahun kewangan 2025 (3QFY25) melonjak 67.1% tahun ke tahun (YoY) kepada RM 26.2 juta. 

 

MIDF mengekalkan saranan “beli” ke atas saham Datasonic dengan harga sasaran (TP) tidak berubah pada 58 sen.

 

“NexG berjaya memulihkan prestasi kewangan 3QFY25 seepas menyaksikan sedikat susutan pada suku sebelumnya dengan pendapatan ternormal meningkat sebanyak 67.1% YoY.

 

“Peningkatan tersebut dipacu oleh pertumbuhan hasil dua digit pada suku itu iaitu RM97.9 juta atau mewakili kenaikan 21.6% YoY, didorongi oleh pembekalan kad pintar, pasport dan perkhidmatan peribadi yang mencatat pendapatan RM86.5 juta.

 

“Perkembangan ini menyokong peningkatan dalam pendapatan ternormal bagi tempoh sembilan bulan tahun kewangan (9MFY25) yang berkembang lebih daripada 30% YoY.


Keseluruhannya, MIDF berkata, prestasi kewangan 9MFY25 NexG sejajar dengan ramalannya tetapi berada di bawah jangkaan konsensusnya,masing-masing pada 72% dan 70% daripada angggaran pendapatan tahunan FY25 kumpulan.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemegang saham Datasonic lulus usul pertukaran nama kepada NexG Berhad

 

Oleh itu, firma tersebut meramalkan hasil kumpulan itu kekal berkembang suku kewangan akan datang. 

 

Katanya, pertumbuhan itu kan dibantu oleh jumlah kontrak lajutan produk dan perkhidmatan sedia ada yang lebih tinggi.  - DagangNews.com