MGB terima kontrak pembinaan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands, Pahang | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MGB terima kontrak pembinaan bernilai RM194.72 juta di Cameron Highlands, Pahang

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

 

KUALA LUMPUR 10 Feb - MGB Bhd raih kontrak bernilai RM194.72 juta untuk membina satu unit bangunan komersial dua tingkat dan satu unit pangsapuri di Cameron Highlands, Pahang.  

 

Menurut satu makluman kepada Bursa Malaysia, MGB berkata, anak syarikat penuhnya, MGB Construction & Engineering Sdn Bhd menerima surat anugerah (LOA) daripada LYK Architect Sdn Bhd, mewakili Casa Inspirasi Sdn Bhd.

 

"Kontrak ini bakal bermula pada 17 Februari 2025 dan projek ini dijangka siap selepas 28 bulan, pada 16 Jun 2027. 

 

"Pada fasa pertama MGB akan membangunkan satu unit bangunan dua tingkat untuk restaurant makanan segera dan satu unit pangsapuri yang mempunyai 22 tingkat pada fasa kedua," katanya. 

 

Di samping itu, MGB berkata, kontrak tersebut akan menambah buku pesanan sedia ada syarikat dan kumpulan syarikatnya

 

"Buku pesanan tertunggak semasa kumpulan adalah kira-kira RM1.27 bilion.

 

"Kami tidak mendapati kontrak ini tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan syarikat tetapi ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham syarikat dan kumpulan sepanjang tempoh kontrak," katanya. - DagangNews.com