Lonjakan sektor hartanah dan pusat data diyakini jadi pemacu pertumbuhan hasil AWC, kata HLIB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lonjakan sektor hartanah dan pusat data diyakini jadi pemacu pertumbuhan hasil AWC, kata HLIB

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 Feb - Lonjakan sektor hartanah dan pusat data di Malaysia serta projek perumahan yang kukuh di Singapura diyakini menjadi pemacu pertumbuhan hasil AWC Bhd, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.

 

Katanya, kumpulan itu sedang berada dalam fasa kitaran menaik pendapatan, disokong empat teras perniagaan dengan segmen alam sekitar menjadi pemacu pertumbuhan utama.

 

Firma penyelidikan itu berkata, Langkah strategik AWC meningkatkan pegangan dalam Kumpulan Stream kepada 100% dijangka meningkatkan pendapatan dan meletakkan mereka untuk memanfaatkan lonjakan permintaan bagi rumusan kutipan sisa moden.

 

Stream, yang memegang kira-kira 90% bahagian pasaran di Malaysia, akan mendapat manfaat daripada pasaran hartanah negara yang semakin kukuh dan jangkaan peningkatan dalam pelancaran projek baharu. 

 

Selain itu,pembangunan kediaman, pejabat dan HDB Singapura yang teguh meningkatkan lagi prospek pertumbuhan Stream.

 

Segmen kejuruteraan AWC juga dijangka mendapat manfaat daripada prospek positif bagi pasaran hartanah Malaysia dan Singapura, dengan projek pusat data bertindak sebagai pemangkin berpotensi, kata HLIB.


"Secara berasingan, dengan segmen perpaipannya baru-baru ini menerima projek pusat data MNC, kumpulan itu berada pada kedudukan yang baik untuk mengharungi gelombang peningkatan pusat data di Malaysia. 

 

"Berdasarkan anggaran kami, saluran paip bagi pusat data 4.7GW diterjemahkan kepada peluang bernilai RM1.6 bilion kepada RM2.9 bilion untuk sektor perpaipan terutamanya, projek pusat data, menawarkan margin yang lebih tinggi berbanding pekerjaan berkaitan hartanah," katanya dalam satu nota kajian.

 

Sementara itu, segmen pengurusan kemudahan bersepadu dan rel dijangka mengalami pertumbuhan pendapatan yang kukuh menjelang FY27, didorong pembaharuan kontrak sedia ada dan projek LRT Pulau Pinang yang akan datang.

 

Secara keseluruhannya, HLIB mengunjurkan keuntungan bersih teras AWC berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun (CAGR) yang teguh sebanyak 44% daripada FY24 hingga FY27.

 

Firma penyelidikan itu memulakan liputan ke atas AWC dengan sasaran "beli" pada harga sasaran (TP) 41 sen sesaham. - DagangNews.com