LGM umum pengaktifan insentif getah pekebun kecil Sabah dan Sarawak bagi Mei 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

LGM umum pengaktifan insentif getah pekebun kecil Sabah dan Sarawak bagi Mei 2025

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 6 Jun – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi pekebun kecil di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan untuk Mei 2025.

 

Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM), ia hanya diaktifkan sekiranya harga purata bulanan di peringkat ladang bagi getah sekerap berada pada paras RM3.00 sekilogram atau lebih rendah.

 

“Bagi Mei 2025, Harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak adalah masing-masing RM3.00, RM2.75, dan RM2.65 sekilogram.

 

“Oleh itu, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi Mei,” kata LGM dalam satu kenyataan. 

 

IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100% kandungan getah kering (KGK) dan akan dibayar kepada pekebun kecil getah Sabah dan Sarawak yang layak bagi tempoh 1 hingga 30 Jun 2025, berdasarkan pengeluaran getah pada Mei 2025.

 

Di Sabah, kadar IPG getah sekerap dan lateks adalah RM0.25 sen untuk KGK 50%, dan RM0.50 sen bagi KGK ialah 100%.

 

Sementara itu, di Sarawak kadarnya RM0.35 sen bagi KGK 50% dan RM0.70 sen sekilogram bagi KGK 100%.- DagangNews.com