KUALA LUMPUR 3 Julai — Gas Malaysia Berhad dibimbangi merekodkan kerugian kewangan dalam suku kedua 2025 disebabkan kesan insiden letupan di Putra Heights pada 1 April 2025, menurut MIDF Research.
Firma penyelidikan tersebut berkata, gangguan bekalan gas selama tiga bulan berikutan kebakaran saluran paip di kawasan itu mungkin akan ditunjukkan secara ketara dalam pendapatan suku berkenaan.
Walaupun tiada amaun impak yang didedahkan, ia berpendapat hasil kumpulan itu menjadi kurang satu peratus daripada purata pendapatan tahunannya dengan susut 2 peratus purata volum tahunan terjejas.
"Keadaan ini disebabkan oleh faktor bekalan gas tambahan yang dihantar semasa tempoh penyiasatan dan langkah-langkah diambil sebelum gangguan penuh untuk pelanggan," kata MIDF Research dalam notanya.
Bagaimanapun tambah firma berkenaan, Gas Malaysia sebahagian besarnya dianggap sebagai terselamat daripada tanggungjawab pembayaran pampasan kepada mangsa letupan yang terjejas dalam insiden itu.
Justeru, memandangkan jangkaan kesan minimum tersebut ke atas keuntungan jangka pendek kumpulan berkenaan, firma itu percaya bahawa trajektori prestasi sepanjang FY25 adalah masih lagi kekal utuh.
Selain itu katanya, syarikat berkenaan berkemungkinan tidak akan terlibat dengan sebarang pampasan namun pengecualian sedikit kepada pelanggan industrinya yang dikatakan menghadapi gangguan operasi.
"Secara keseluruhannya, kami melihat perkara ini secara positif untuk pertumbuhan jangka panjang Gas Malaysia dan mengulangi insiden itu hanya memberi kesan minimum terhadap prestasi FY25," katanya.
MIDF Research merujuk laporan siasatan mengenai kerosakan pada saluran paip yang terjejas dan membuat kesimpulan bahawa kebocoran tersebut adalah disebabkan oleh faktor kelemahan tanah di situ sendiri.
Di sampung itu katanya lagi, kerja-kerja pembaikan dan naik taraf semula kesemua saluran paip yang rosak di lokasi terlibat sebahagian besarnya terletak di bawah bidang kuasa PETRONAS Gas Berhad.
Ia turut memuji usaha penyambungan kembali bekalan kepada pelanggan Gas Malaysia yang menunjukkan jaminan serius untuk mempertahankan kepentingan pemegang kepentingan dalam insiden tersebut.
"Kami mengharapkan peningkatan harga jualan purata untuk bekalan gas pada 2HFY25, yang disokong oleh jangkaan lebih tinggi berikutan lonjakan harga minyak mentah Brent baru-baru ini," kata firma itu.
Berdasarkan perkembangan semasa itu, MIDF Reserach tidak membuat perubahan unjuran ramalan Gas Malaysia dengan mengekalkan saranan 'neutral' dan harga sasaran kekal RM4.48 sesaham. - DagangNews.com








