Lebtech Bhd raih kontrak RM21 juta pembangunan 104 unit rumah teres di Shah Alam | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lebtech Bhd raih kontrak RM21 juta pembangunan 104 unit rumah teres di Shah Alam

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 31 Jan - Lebtech Bhd meraih kontrak bernilai RM21 juta untuk membangunkan 104 unit rumah teres dua tingkat di Seksyen U13, Shah Alam.

 

Syarikat pembinaan itu berkata, anak syarikat milik penuhnya, Lebtech Construction Sdn Bhd telah dianugerahkan kontrak tersebut oleh Brighton Land Sdn Bhd.

 

Projek itu bermula pada 28 Januari 2025 dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan. 

 

"Kontrak ini akan memberi kesan positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2025," katanya dalam pemfailan di Bursa Malaysia, hari ini.

 

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024, Lebtech mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM33,000, berbanding keuntungan bersih RM246,000 pada tempoh yang sama pada 2023 dengan hasil merosot 59.47% berbanding tahun sebelumnya kepada RM2.72 juta. 

 

Penurunan itu disebabkan oleh peningkatan kos pembinaan dan margin yang lebih rendah untuk projek-projek di Setia Alam.

 

Untuk sembilan bulan terkumpul yang berakhir pada 30 September 2024 pula, kumpulan melaporkan kerugian bersih sebanyak RM122,000 berbanding keuntungan bersih RM365,000 pada 2023. - DagangNews.com