KUALA LUMPUR 5 Ogos — Hartalega Holdings Berhad tetap kekal dengan pelbagai strategi jangka panjang meskipun berdepan keadaan lebihan kapasiti dalam sektor sarung tangan secara berterusan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Kuan Mun Leong berkata, langkah tersebut turut bagi menangani isu kos operasi meningkat ketika persaingan sengit, terutama dari China dan pengeluar serantau lain.
Strategi itu tambahnya, mengimbangi ketidakpastian yang berterusan masih diselubungi dasar tarif Amerika Syarikat (AS) hingga menjejaskan permintaan, terutamanya dalam pasaran negara berkenaan.
"Justeru, kami berharap usaha itu mendorong peralihan strategi penyumberan jangka panjang dalam kalangan pengimport AS," kata beliau dalam semakan keputusan suku pertama (1QFY26) syarikat itu.
Menurut Mun Leong, prestasi syarikat pengeluar sarung tangan tu pada tempoh tiga bulan berkenaan mencerminkan perubahan semula pengukuran perniagaan yang sedang berlaku dalam sektor global.
Hartalega mencatatkan keuntungan bersih RM12.61 juta pada suku itu, susut ketara daripada RM31.9 juta pada suku sama tahun lalu dengan pendapatan sesaham 0.37 sen berbanding 0.94 sen sebelumnya.
Ia menambah, hasil lebih rendah kepada RM553.11 juta dicatatkan pada 1QFY26 daripada RM583.8 juta pada 1QFY25 dengan prestasi itu dipengaruhi oleh pengurangan dalam harga jualan purata (ASP).
"Volum jualan lebih rendah, disebabkan inventori dimuatkan hadapan yang dipegang oleh pelanggan AS dan tempahan tertunda sebagai tindak balas kepada perkembangan ketidaktentuan tarif," katanya.
Pada masa yang sama Mun Leong berkata, tekanan harga pula didapati semakin meningkat di pasaran bukan AS, didorong oleh faktor lebihan bekalan daripada pelbagai pengeluar produk di China.
Selain itu katanya, keuntungan operasi turut dipengaruhi oleh ASP yang rendah, pengukuhan nilai ringgit dan penyerapan kos kurang menggalakkan akibat daripada penggunaan kapasiti lebih rendah.
Beliau berkata, Hartalega masih berteraskan strategi jangka panjang dan memfokuskan peningkatan kecekapan pengeluaran serta pengoptimuman kos di samping melabur dalam sistem automasi termaju.
"Kumpulan ini terus mengekalkan disiplin fiskal yang teguh, dan mempertajam pendekatan jualan bagi mengukuhkan daya saing serta daya tahan walaupun keadaan jangka pendek mencabar," katanya.
Mun Leong yakin, permintaan struktur untuk sarung tangan getah terus memegang prospek yang kukuh, didorong oleh keperluan penjagaan kesihatan global dan kesedaran kebersihan semakin meningkat.
Tumpuan Hartelaga tambahnya, kekal pada pembinaan nilai jangka panjang sambil menegakkan pembuatan bertanggungjawab serta pematuhan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus. - DagangNews.com








