Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi, kata Premier Sarawak tidak tahu menahu pun | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Laporan Ambank bergabung dengan Affin hanya spekulasi, kata Premier Sarawak tidak tahu menahu pun

KUALA LUMPUR 18 April - Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan laporan yang mendakwa kerajaan negeri itu berminat mengambil alih kepentingan dalam AMMB Holdings Bhd (Kumpulan AmBank) untuk bergabung dengan 31.25% miliknya Affin Bank Bhd sebagai spekulasi semata-mata.

 

Sarawak tidak menghantar mana-mana wakil kerajaan negeri untuk membincangkan perkara itu dengan Kumpulan AmBank, kata Abang Johari menurut laporan Bernama.

 

Bagaimanapun, Sarawak sentiasa bersedia berunding dengan mana-mana entiti yang ingin menjalinkan kerjasama dengan kerajaan negeri, menurut Premier lagi.

 

“Kalau nak meminang, kena tanya ayah dia dulu... tapi (dalam konteks ini), ayah tak tahu tentang perkara itu, jadi macam mana nak lamar?

 

“Selain gurauan, saya juga terkejut apabila membaca laporan itu… Laporan itu hanyalah spekulasi.

 

“Saya tidak ada komen kerana saya tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya dipetik sebagai berkata pada majlis RECODA Raya Rindok anjuran Lembaga Kemajuan Koridor Wilayah (RECODA) pada Khamis.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Sarawak meneliti potensi gabungkan Affin Bank dengan AmBank?

 

Mingguan The Edge Malaysia, dalam edisi 14 April, melaporkan bahawa kerajaan negeri Sarawak sedang mencari untuk membeli kepentingan dalam AMMB sebagai sebahagian daripada rancangan penggabungan dengan Affin, memetik sumber.

 

Sarawak akan memegang tidak lebih daripada 20% kepentingan dalam kumpulan perbankan yang digabungkan itu, yang akan menjadi yang keempat terbesar di negara ini mengikut aset, salah satu sumber dipetik sebagai berkata.

 

“Sarawak sangat berminat untuk mengawal sebuah bank yang lebih besar,” satu sumber dilaporkan berkata.

 

Cadangan telah dibuat oleh pihak mesra yang mewakili negeri, kepada pemegang saham 11.83% AMMB Tan Sri Azman Hashim, kata laporan itu, walaupun perbincangan masih belum membuahkan hasil.

 

Selain AMMB, Sarawak juga dikatakan sedang melihat kepada 70% milik DRB-Hicom Bhd Bank Muamalat Bhd, serta Kuwait Finance House (M) Bhd, yang sedang mencari pembeli untuk mengambil alih portfolio pinjaman runcitnya. - DagangNews.com