KitchenAid, jenama terkenal yang diyakini turun-temurun sejak 1919, menetapkan piawaian terbaharu dalam kemudahan dapur dengan pelancaran Sistem Go Cordless (tanpa wayar) —rangkaian perkakas kecil berpandangan jauh yang direka bentuk untuk memasak dan memudahkan kehidupan hari ini.
Menggabungkan ciri mudah alih, prestasi dan gaya, koleksi baharu ini menambah baik pengalaman memasak, tanpa dikekang oleh sebarang wayar.
Sistem tanpa wayar baharu KitchenAid menawarkan enam perkakas kecil tanpa wayar baharu yang inovatif, semuanya menggunakan kuasa bateri boleh tukar yang sama, membolehkan pengguna menyediakan makanan dan membersihkan dapur dengan mudah.

Empat daripadanya kini boleh didapati di Malaysia - Go Cordless Hand Mixer (Pengadun Tangan), menyediakan tujuh kelajuan dan fungsi Soft Start™ (Permulaan Perlahan) yang mengurangkan percikan untuk penyediaan makanan lebih bersih.
Sementara itu Go Cordless Hand Blender (Pengisar Tangan) dipacu oleh bilah keluli tahan karat empat mata dan pemacu kelajuan boleh ubah, membolehkan pengisar digunakan terus di dalam mangkuk atau jag.
Sementara itu Go Cordless Food Chopper (Pencincang Makanan) menawarkan kapasiti lima cawan dan pemasangan satu klik, yang sesuai untuk kerja pantas seperti mencincang herba, sayur atau kacang.
Manakala Go Cordless Personal Blender (Pengisar Peribadi) pula dilengkapi balang 16 auns dan penutup kembara, menyokong gaya hidup sibuk dengan pengisaran mudah dan kesenangan dibawa ke mana-mana jua.
Rangkaian terbaharu dilengkapi dengan Go Cordless Blade Grinder (Penggiling Bilah), sesuai untuk mengisar biji kopi dan rempah segar, dan Go Cordless Citrus Juicer (Pemerah Jus Sitrus) pemerah jus pelulas yang menggunakan pergerakan ke depan dan ke belakang untuk pemerahan jus lebih sempurna –baik limau gedang mahupun limau biasa.
Sistem Go Cordless KitchenAid membantu menangani masalah dapur berselerak, menyenangkan kerja membersih dan mengemas dapur, dan meluaskan pilihan lokasi pengguna boleh memasak dan menyediakan makanan. Sama ada di dalam atau di luar rumah, kreativiti pengguna boleh diserlahkan secara bebas—mentakrifkan maksud ‘membuat (makanan) di mana-mana sahaja’.
Disesuaikan untuk gaya hidup moden, Sistem Go Cordless direka untuk profesional bandar, pelopor gaya hidup dan penggemar makanan yang mengutamakan fleksibiliti dalam penyediaan makanan yang menyelerakan.
Nadi penggerak sistem ini ialah bateri ion litium 12V Max boleh ditanggalkan yang menjadi sumber kuasa keenam-enam perkakas, disokong oleh dok pengecas anggun dan kompak yang memastikan segala-galanya serasi dan sedia untuk digunakan.
Cik Lim Pei Yan, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif Visionary Solutions Sdn Bhd, pengedar eksklusif KitchenAid di Malaysia, berkata KitchenAid sedang meluaskan kedudukannya secara strategik dalam pasaran perkakas kecil tanpa wayar Malaysia.
“Ekosistem tanpa wayar ini dijangka berkembang tahun demi tahun, lantas menambah keyakinan pengguna terhadap komitmen kami kepada kategori ini dan memaksimumkan manfaat umum menggunakan alat tanpa wayar. Ini merupakan satu langkah ke hadapan yang menarik dalam usaha kami memberikan kebebasan untuk membuat sesuatu—pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja—mengukuhkan lagi kepimpinan KitchenAid dalam pasaran peralatan dapur premium.”
Pasaran perkakas global diramalkan berkembang daripada AS$41.4 bilion pada 2022 kepada AS$77.2 bilion menjelang 2031, dipacu oleh permintaan yang semakin meningkat bagi penyelesaian dapur yang mudah alih dan fleksibel.
Sementara itu, perkakas dapur kompak memacu pertumbuhan pantas dalam kategori peralatan kecil, dengan pasaran global dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 5.9% sehingga 2030 sambil pengguna bandar mengutamakan kecekapan penggunaan ruang.
Malaysia juga memperlihatkan trend ini, dengan permintaan lebih tinggi bagi penyelesaian mudah alih dan menjimatkan ruang. “Sistem Go Cordless menepati keperluan pada masa kini,” kata Cik Lim.
“Bukan setakat kesenangan tanpa wayar—tetapi juga tanpa batasan dalam aktiviti memasak, sama ada anda mengadun minuman smoothie di rumah atau menyediakan sambal di tepi kolam renang.”
Fungsi tanpa wayar semakin menjadi pilihan pengguna premium—mereka yang inginkan produk berprestasi tinggi yang melengkapi gaya hidup dan ruang mewah mereka. Sistem Go Cordless mewujudkan ruang dan meja dapur yang lebih bersih dan tidak berselerak sambil menjanjikan prestasi boleh dipercayai sama yang memang dikenali dan dikaitkan dengan KitchenAid.

Chef Collin daripada TCH Foodworks, berkata, “Sebagai chef, saya percaya masakan yang kreatif dan menarik berputik daripada rasa bebas dan selesa dengan ruang memasak. Sistem Go Cordless memberi anda kebebasan yang dimaksudkan itu —membolehkan anda bergerak dengan mudah dari dapur ke beranda atau laman, menjadikan aktiviti memasak lebih sejadi dan mengikut hati.
"Satu perkara yang menarik bagi saya ialah usaha KitchenAid mengekalkan kuasa dan kebolehpercayaan yang memang dikaitkan dengan jenamanya sambil mereka cipta produk yang serasi dengan kediaman moden. Rangkaian ini merupakan perkakas klasik yang dibayangkan semula dan disesuaikan dengan cara hidup hari ini.”
Sistem Go Cordless KitchenAid kini boleh didapati di peruncit terkemuka seluruh negara seperti Harvey Norman, SEIBU The Exchange TRX, Parkson, TBM, Shopee, Lazada dan secara dalam talian di www.kitchenaid.my. - DagangNews.com








