Khazanah Nasional batal rumah terbuka Aidilfitri 2025, hormati pemergian Tun Abdullah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Khazanah Nasional batal rumah terbuka Aidilfitri 2025, hormati pemergian Tun Abdullah

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 15 April - Khazanah Nasional Berhad mengumumkan pembatalan acara Rumah Terbuka Aidilfitri 2025 yang dijadualkan berlangsung pada hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, sebagai tanda penghormatan atas pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

 

Menerusi kenyataan rasmi, Khazanah menyatakan keputusan itu dibuat bagi menghormati suasana berkabung negara dan mengenang jasa Allahyarham Tun Abdullah yang pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Khazanah.

 

“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa Rumah Terbuka Aidilfitri Khazanah 2025 telah dibatalkan.

 

"Keputusan ini diambil seiring dengan suasana duka negara atas pemergian Tun Abdullah Ahmad Badawi,” menurut kenyataan tersebut.

 

“Kami menghargai sokongan dan pemahaman semua pihak. Doa kami mengiringi roh Allahyarham dan takziah setulusnya kepada seluruh keluarga beliau,” tambah kenyataan.

 

Khazanah turut mendoakan keampunan dan kesejahteraan buat roh Allahyarham. - DagangNews.com