Kepimpinan Anwar bawa suara damai, pejuang keadilan jadi wajah Malaysia MADANI sebenar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kepimpinan Anwar bawa suara damai, pejuang keadilan jadi wajah Malaysia MADANI sebenar

Oleh Mohamad Iman

KUALA LUMPUR 30 Julai - Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan membawa suara damai, memperjuangkan keadilan dan menjunjung nilai kemanusiaan, yang menjadi wajah Malaysia MADANI yang menjadi kebanggaan dunia.

 

Anwar Ibrahim Club (AIC) merakamkan penghargaan dan kebanggaan terhadap pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, atas peranan penting beliau dalam usaha pendamaian antara Thailand dan Kemboja.

 

Sebagai pemimpin negara dan Pengerusi ASEAN, Perdana Menteri bukan sahaja berjaya membawa dua negara jiran ke meja rundingan, malah turut mempamerkan keberanian moral dan kepimpinan berprinsip dalam menjunjung semangat diplomasi, rundingan dan nilai kemanusiaan.

 

 

AIC

 

 

Penghargaan terbuka daripada negara-negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, China, Jepun, Australia, Belanda, Kesatuan Eropah dan Pakistan serta rakan serantau seperti Indonesia, Singapura, Vietnam, Filipina, dan Brunei membuktikan bahawa dunia mengiktiraf peranan Malaysia sebagai kuasa sederhana yang berwibawa diterajui oleh sosok kepimpinan yang berintegriti dan dihormati.

 

AIC percaya kejayaan ini adalah manifestasi kepada dasar luar negara yang matang, berpandangan jauh dan berani menyuarakan kebenaran.

 

Sehubungan itu, AIC menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdiri teguh di belakang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, demi memastikan suara Malaysia kekal dihormati dan relevan di peringkat serantau dan global. - DagangNews.com