KUALA LUMPUR 31 Jan - Kenanga Research positif terhadap prospek pendapatan FY25 Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) didorong pengambilalihan aset pada FY24.
Katanya, pada FY24, Axis REIT memperoleh lebih daripada RM500 juta aset, lebih tinggi daripada purata rekod pemerolehan sebelum ini.
"Memandangkan aset perindustrian kini mengalami tekanan hasil disebabkan pemilik tanah menaikkan kadar melebihi pengembalian sewa, kami tidak menjangkakan Axis REIT akan terus agresif memperoleh set pada FY25 seperti yang berlaku pada FY24," katanya dalam satu nota kajian.
Hasil dan untung bersih Axis REIT pada FY24 meningkat masing-masing 12% dan 13%, disokong penyempurnaan pengambilalihan aset termasuk Axis Hypermarket @ Temerloh pada 16 Januari 2024, Kemudahan Axis 1 @ Bukit Raja pada 31 Mei 2024, Axis Vista 2 dan Kemudahan Industri Axis @ Batu Caves pada 15 Julai 2024 serta Kemudahan Industri Axis @ Sendayan pada 23 Julai 2024.
Selain itu mereka juga berjaya mengambil alih Kemudaha Axis 3 @ Bukit Raja pada 8 Oktober 2024, Kemudahan Axis 1 @ Pulau Indah pada 11 Oktober 2024 dan Kemudahan Axis 2 pada 24 November 2024.
"Dari suku tahun ke suku tahun, hasil Axis REIT adalah 9% lebih tinggi didoron sumbangan daripada hartanah yang baru diperoleh, penyewaan baharu daripada Pusat Pengedaran Mega Axis (AMDC) Fasa 2.
"Keuntungan bersih, bagaimanapun, merosot sedikit sebanyak 4% sebahagian besarnya disebabkan oleh kos pembiayaan yang lebih tinggi dan cukai tertunda," katanya.
Firma penyelidikan itu menyukai Axis REIT sebagai proksi kepada aset perindustrian dalam sektor perindustrian kecil dan sederhana (PKS) yang semakin meningkat dan aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan ke Malaysia.
"Kami menyemak naik penarafan Axis REIT kepada "outperform" berbanding "market perform" dengan harga sasaran (TP) RM1.86 sen sesaham," katanya. - DagangNews.com








