Jumlah jualan SKP Resources diyakini meningkat pada 4QFY25 dipacu tempahan lebih tinggi, kata RHB Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Jumlah jualan SKP Resources diyakini meningkat pada 4QFY25 dipacu tempahan lebih tinggi, kata RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Feb - Jumlah jualan SKP Resources Bhd diyakini meningkat dengan ketara pada 4QFY25 dipacu tempahan lebih tinggi daripada Pelanggan X, RHB Research.

 

Katanya, peningkatan jualan itu juga akan disokong daripada barisan pengeluaran baharu yang bermula secara komersial pada pertengahan Disember 2024.

 

Bagi jangka masa terdekat, firma penyelidikan itu meramalkan prospek pertumbuhannya akan disokong permintaan pesanan yang lebih baik daripada Pelanggan X dan sumbangan setahun penuh daripada pelanggan baharu.

 

"Kumpulan itu terus menerima pertanyaan daripada bakal pelanggan yang ingin mempelbagaikan sumber pengeluaran.

 

"Ini memberi petanda baik bagi SKP yang berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang hasil kapasiti ganti yang boleh ditawarkan pada masa ini.

 

"Kami percaya kumpulan itu akan meraih buku pesanan baharu sebanyak RM200 juta pada FY26," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, hasil 9MFY25 meningkat 17% kepada RM1.6 bilion apabila jumlah pulih daripada asas 9MFY24 yang rendah yang terjejas oleh pelarasan inventori Pelanggan X.

 

Sejajar dengan itu, untung kasar 9MFY25 melonjak 24% dengan pengurusan kos yang cekap lebih daripada mengimbangi kejatuhan margin utung kasar akibat kos permulaan awal untuk barisan pengeluaran baharu.

 

Hasil dari suku tahun ke suku tahun, 3QFY25 merosot 21% kepada RM504 juta, terutamanya fungsi masa pesanan Pelanggan X. Akibatnya, keuntungan bersih 3QFY25 turun 25% kepada RM26 juta.

 

RHB Research berkata, momentum harus dipercepatkan pada 4QFY25F daripada pesanan Pelanggan X yang lebih tinggi dan sumbangan jualan barisan pengeluaran baharu.

 

Katanya, penilaian semasa di bawah purata dianggap menarik kerana melihat SKP sebagai proksi untuk memanfaatkan pemulihan permintaan global untuk elektronik pengguna dan peluang yang timbul daripada lencongan perang perdagangan.

 

Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM1.31 sesaham. - DagangNews.com