IJM sahkan pegawai SPRM, LHDN hadir ke pejabat dapatkan maklumat | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

IJM sahkan pegawai SPRM, LHDN hadir ke pejabat dapatkan maklumat

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 19 Jan – IJM Corporation Berhad (IJM) mengesahkan kehadiran pegawai daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di pejabat syarikat hari ini bagi mendapatkan maklumat sebagai sebahagian daripada proses.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM berkata, syarikat bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa dan menekankan komitmennya terhadap tadbir urus korporat, ketelusan dan integriti.

 

 

 

 

 

"Syarikat juga memberi jaminan kepada pemegang kepentingan bahawa operasi perniagaan diteruskan seperti biasa," kata kenyataan itu. 

 

 

 

 

 

IJM menambah, pihaknya akan terus memantau perkembangan isu ini dan membuat pengumuman sewajarnya jika terdapat sebarang maklumat material baharu. - DagangNews.com