Hasil UOA Development dipercayai kekal kukuh dibantu oleh jualan hartanah baharu - MIDF Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hasil UOA Development dipercayai kekal kukuh dibantu oleh jualan hartanah baharu - MIDF Research

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 25 Feb - Prospek pendapatan UOA Development Bhd dijangka kukuh disokong oleh jualan hartanah baharu, kata MIDF Research.

 

Firma penyelidikan itu juga meramalkan pemaju hartanah itu memperoleh hasil yang mampan dibantu oleh saluran hasil kukuh daripada segmen pelaburan hartanah dan aset hospital. 

 

MIDF juga menyemak naik unjuran pendapatan UOA pada FY25 dan Fy26, masing-masing dinaikkan sebanyak 15.1% dan 15.5% memandangkan kumpulan itu mencapai prestasi kewangan yang melebihi jangkaan firma penyelidikan itu pada suku lepas. 

 

Pada 4QFY24, UOA Development merekodkan pertumbuhan hasil 15.2% YoY pada FY24, didorong terutamanya oleh jumlah pengebilan projek yang sedang berjalan. 

 

Secara berurutan, pendapatan bersih 4QFY24 meningkat kepada RM83.3 juta, iaitu naik 67.6%, suku-ke -suku (QoQ) terutamanya disebabkan oleh pengebilan kemajuan yang lebih tinggi daripada projek dan penjualan sahamnya.

 

Pada asas tahunan, pendapatan bersih teras 4QFY24 lebih tinggi 43% tahun-ke -tahun ( YoY), menjadikan pendapatan teras FY24 lebih tinggi pada RM242.1 juta, mewakili kenaikan 15.2% YoY.

 

Perolehan yang lebih tinggi itu disokong oleh pengebilan kemajuan yang lebih tinggi pada projek yang sedang dijalankan iaitu Aster Hill, Laurel Residence dan pusat perubatan di Bangsar South.

 

Selain itu, pertumbuhan pendapatan juga disokong oleh pendapatan daripada hartanah pelaburan dan aset hospitalitinya.

 

Melihat ke hadapan, MIDF berkata, jualan baharu pada FY25 dijangka dipacu oleh Bamboo Hills Residence.

 

"Meanwhile, jualan tidak dibil meningkat kepada RM837 juta pada 4QFY24 daripada RM524.6m pada 3QFY24, memberikan keterlihatan pendapatan selama 1.5 tahun.

 

"Oleh itu, kami mengekalkan saranan "beli" dengan menaikkan harrga sasaran (TP) meningkat kepada RM2.09 daripada RM2.06 sesaham memandangkan prospek pendapatan akan disokong oleh jualan baharu yang bertambah baik," katanya. - DagangNews.com