Hasil 4QFY24 CelcomDigi diramal menyederhana akibat kos perbelanjaan tinggi - CIMB Securities  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hasil 4QFY24 CelcomDigi diramal menyederhana akibat kos perbelanjaan tinggi - CIMB Securities 

Oleh SYAZA NORAZHARUDDIN

KUALA LUMPUR 10 Feb - CelcomDigi Bhd berkemungkinan besar melaporkan hasil suku-ke-suku (Q0Q) 4QFY24 yang menyederhana akibat kos perbelanjaan lain yang tinggi, di tengah-tengah sinergi yang kukuh dan jumlah pelanggan stabil, kata CIMB Securities. 

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan untung bersih CelcomDigi mencecah sebanyak RM538 juta, mewakili kenaikan 12% sehingga 15% tahun-ke-tahun (YoY), tetapi keputusan kewangan itu berpotensi menyederhana akibat prestasi kewangan pada 4QFY24.  

 

Katanya, keputusan kewangan penuh CelcomDigi diramal kekal pada jangkaannya, sejajar dengan ramalan konsesnsusnya. 

 

“Sinergi akan terus meningkat dalam 4QFY24 didorong oleh pengurangan kedai runcit, bagaimanapun, sinergi ini mungkin dikurangkan akibat perbelanjaan lain yang tinggi pada 4QFY24," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

 

Sementara itu, CelcomDigi menyaksikan kestabilan dalam asas pelanggan prabayar dan segmen pasca bayarnya terus mendapat daya tarikan pelanggan. 

 

“Dari segi penyepaduan dan pemodenan rangkaian, kami berpendapat CelcomDigi berkemungkinan telah menyiapkan sekurang-kurangnya 75% menjelang akhir FY2024, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang pertengahan FY25,” katanya. 

 

Perkembangan ini mewakili strategi pasca penggabungan syarikat untuk mengukuhkan kedudukan pasarannya dan meningkatkan kualiti perkhidmatan di tengah-tengah persaingan yang semakin sengit.

 

Hasil perkhidmatan syarikat berkemungkinan kekal stabil atau mengalami sedikit peningkatan.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan Digital Nasional Bhd (DNB), syarikat bertanggungjawab untuk rangkaian 5G Malaysia, berkemungkinan akan menyelesaikan isu pegangan sahamnya dalam tempoh enam bulan akan datang dan boleh mewujudkan peluang pertumbuhan untuk CelcomDigi.

 

Sepanjang tempoh dari FY25 hingga FY26, CelcomDigi dijangka menyaksikan pertumbuhan 17% hingga 18% dalam pendapatan sesahamnya (EPS).

 

"Walau bagaimanapun, risiko terhadap pertumbuhan CelcomDigi bergantung kepada dasar kawal selia yang berpotensi meningkatkan kos yang tidak dijangka, terutamanya berkaitan dengan yuran borong 5G yang boleh menjejaskan keuntungan syarikat pada masa hadapan.

 

"Disebalik risiko itu, CIMB mengekalkan saranan “beli” dengan harga sasaran (TP) RM4.20 sesaham," katanya.  - DagangNews.com