KUALA LUMPUR 5 Feb - Pembatalan cadangan penjualan unit insurans AMMB Holdings Bhd (AmBank) bernilai RM1.12 bilion kepada Great Eastern Holdings Ltd Singapura bakal memberi kesan yang kecil kepada nisbah modal bank itu, kata penganalisis.
Cadangan pelupusan AmMetLife Insurance Bhd (AMLI) and AmMetLife Takaful Bhd (AMLT) yang dimiliki bersama dengan MetLife International Holdings LLC itu telah dibatalkan pada Isnin.
Perjanjian yang diumumkan ada Oktober 2023 itu merangkumi pertimbangan RM1.12 bilion untuk keseluruhan 50% kepentingan AmBank yang dipegang dalam kedua-dua AMLI dan AMLT.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) menganggarkan pelupusan itu akan meningkatkan modal CET-1 AmBank sebanyak kira-kira 50 mata asas (bps).
"Nisbah Tier 1 Ekuiti Bersama (Common Equity 1) AmBank pada 15.3% dan sumbangan perniagaan insurans kepada pendapatan kumpulan mampu menampung kesan daripada pembatalan cadangan penjualan itu.
"Selain itu, kami menjangkakan AmBank mungkin menjual unit insuransnya dengan pembeli lain berikutan kegagalan pelupusan perjanjian penjualan bersama Great Eastern Holdings Ltd Singapura.
“Sementara itu, kami meramalkan pertumbuhan pendapatan kumpulan sebanyak 11.7% pada FY25, didorong oleh margin faedah bersih yang lebih baik dan kos kredit rendah," katanya dalam satu nota penyelidikan.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranann "beli" ke atas saham AmBank dengan harga sasaran (TP) dikekalkan pada RM6.30 berdasarkan nilai harga kepada buku (PBV) sasaran sebanyak 0.98 kali bagi 2025.
Dalam pada itu, Kenanga Research berpendapat “neutral” mengenai pembatalan pelupusan itu memandangkan pelan strategik kumpulan itu tidak bergantung pada modal tambahan yang mungkin timbul daripada pelupusan itu.
"Memandangkan kekurangan impak pendapatan atau keperluan segera untuk modal, kami tidak terkejut jika AmBank memilih untuk mengekalkan operasi AMLI dan AMLT dalam kumpulan dalam jangka masa sederhana," katanya.
Firma penyelidikian itu berpendapat pulangan ke atas ekuiti (ROE) AmBank sebanyak 10% boleh direalisasikan pada FY26 kerana ia secara progresif membina portfolio akaun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang lebih besar, disokong oleh pengimbangan semula kepada sumber pembiayaan yang lebih murah.
“Walaupun pembayaran dividen yang digunakan kami kekal sederhana pada 50%, hasil dividen prospektif sebanyak 6% hingga 7% bakal menjadikan mereka pembayar dividen tertinggi.
"AmBank adalah salah satu pilihan utama kami dalam setor perbankan bagi suku pertama 2025," katanya.
Kenanga mengaitkan TP RM6.40 pada saham itu dengan saranan "outperform". - DagangNews.com








