KUALA LUMPUR 21 Mei — Duopharma Biotech Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Duopharma Marketing Sdn Bhd (DMktg) dan India Biocon Ltd Biocon Sdn Bhd menerima lanjutan kontrak daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk bekalan insulin ke hospital awam.
Kumpulan tersebut berkata, perjanjian sambungan kontrak yang terbaharu selama enam bulan itu berkuat kuasa dari 29 April hingga 28 Oktober 2025.
Bagaimanapun, Duopharma, yang 44.11 peratus daripada kepentingannya dipegang Yayasan Pelajaran Bumiputera, tidak mendedahkan nilai kontrak berkenaan.
"Perjanjian tambahan rasmi akan diadakan antara kerajaan, DMktg dan Biocon pada masa akan datang," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Ia merupakan lanjutan ketiga untuk kontrak yang diberikan pada Disember 2021 di bawah perolehan KKM secara rundingan terus dengan nilai keseluruhan sebanyak RM375.17 juta.
Kontrak tersebut sebelum ini disambung selama tiga tahun dari 29 April 2022 hingga 28 April 2025. manakala tempoh awal adalah antara 17 Disember 2021 dan 16 Disember 2024. - DagangNews.com








