Disebalik denda RM97 juta Genting Plantations dijangka mampu bayar dividen lebih 5% - Maybank IB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Disebalik denda RM97 juta Genting Plantations dijangka mampu bayar dividen lebih 5% - Maybank IB

Oleh HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 19 Jan - Di sebalik terpaksa membayar denda pentadbiran sekali sahaja berjumlah RM97 juta kepada Pasukan Petugas Khas Indonesia, Genting Plantations Bhd (GENP) kekal menjadi pilihan pelabur dengan dividen syarikat kekal menarik melebihi 5%, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).

 

Firma penyelidikan itu berkata, berita itu tidak mengejutkan sepenuhnya kerana pasaran sebelum ini telah menjangkakan menerima berita denda besar secara berperingkat. 

 

Tambahan pula, dalam 9MFY25, GENP telah merekodkan perbelanjaan impairment atau kemerosotan nilai aset bernilai MYR159 juta bagi tanah ladang yang diserahkan kepada kerajaan Indonesia. 

 

"Saiz tanah ladang yang diserahkan dijangka kecil, kurang daripada 3% daripada jumlah kawasan ditanam GENP iaitu 136,000 hektar.

 

"Walaupun denda dibayar pada Januari 2026, ia dijangka dikira ke dalam hasil FY25 pada 4Q25," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

 

Menurut Maybank IB, denda sekali sahaja ini bersamaan 23%/28% daripada PATMI utama/teras FY25E. 

 

GENP juga telah membuat pra-penyesuaian pengeluaran FFB FY26E–27E sebanyak 3%, sekali gus menurunkan PATMI teras FY26E–27E sebanyak 5.8%/4.6% masing-masing.

 

Maybank IB menegaskan dividen GENP kekal menarik melebihi 5%, menjadikannya pilihan utama untuk pelabur yang mencari pendapatan berterusan walaupun berdepan denda sekali sahaja.

 

Firma itu juga mengekalkan saranan Beli  harga sasaran (TP) GENP diturunkan kepada RM6.48 daripada RM6.87, berdasarkan PER FY26E 18x yang tidak berubah, iaitu -0.5SD daripada purata 6 tahun.

 

Maybank IB turut menurunkan PATMI utama FY25E sebanyak 23% untuk mencerminkan pembayaran denda ini, manakala PATMI teras FY26E–27E disemak turun 5.8%/4.6% berikutan jangkaan pengeluaran kelapa sawit yang lebih rendah selepas sebahagian tanah ladang diserahkan kepada kerajaan Indonesia. - DagangNews.com