KUALA LUMPUR 7 Feb - Kemunculan DeepSeek yang beroperasi dengan kos modal kecerdasan buatan (AI) rendah, meningkatkan lagi ketegangan perdagangan Amerika syarikat (AS)-China yang melemahkan keyakinan pelabur dalam sektor teknogi Malaysia.
Kenanga Research berkata, potensi penyemakan semula dasar AS juga boleh menambahkan ketidakpastian yang semakin meningkat dalam sektor itu.
“Walaupun kitaran naik semikonduktor dijangka berterusan, pertumbuhannya boleh menjadi perlahan apabila pemain industri menilai semula model perniagaan mereka,” katanya dalam nota kajian, hari ini.
Indeks Teknologi Bursa Malaysia menunjukkan sebanyak 49 saham dalam sektor itu, mewakili susutan hampir 8% dalam FBM KLCI sejak awal 2025, di tengah-tengah kebimbangan mengenai sekatan AS yang lebih ketat ke atas cip canggih AI dan pelancaran DeepSeek.
Penurunan itu masih lebih teruk daripada kejatuhan FBM KLCI sebanyak 3.5% setakat ini, kerana pelabur asing secara amnya menjual balik saham syarikat teknologi Malaysia yang berkaitan AI dan pusat data.
Oleh itu, firma tersebut menyemak turun saranan sektor teknologi Malaysia kepada "neutral" berdasarkan penurunan saham yang mendadak.
Kenanga berkata, penjualan saham teknologi baru-baru ini sebahagian besarnya didorong oleh jangkaan pelabur yang menyederhana, bukannya kelemahan pendapatan, menunjukkan semakan pendapatan hadapan yang minimum.
“Kami juga menilai semula penilaian saham semikonduktor di bawah perlindungan kami, menurunkan gandaan pendapatan untuk mencerminkan profil risiko yang semakin meningkat dan dinamik pasaran yang berkembang.
“Selain itu, kami juga mengurangkan purata gandaan pendapatan hadapan bagi segmen pemasangan dan ujian semikonduktor (OSAT) penyumberan luar kepada 27 kali daripada 29 kali sebelumnya serta menurunkan harga sasaran bagi saham berkaitan, termasuk Inari Amertron Bhd dan Unisem (M) Bhd sebanyak 19%,” katanya.
Walaupun berhati-hati, Kenanga menyukai Inari Amertron Bhd, PIE Industrial Bhd dan Kelington Group Bhd kerana keterlihatan pendapatan kukuh dan kedudukan strategik dalam trend pertumbuhan dipacu AI yang berterusan. - DagangNews.com








