KUALA LUMPUR 21 Feb - Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 2% kepada pekerja asing dijangka memberi kesan kecil kepada pendapatan Sarawak Plantation Bhd, kata Public Investment Bank Bhd (PublicInvest).
Katanya, pengurusan memperuntukkan belanjawan sebanyak RM56 juta dengan RM42 juta diperuntukan untuk penanaman semula dan baki RM14 juta untuk naik taraf dan penyelenggaraan kilang.
Firma penyelidikan itu berkata, kumpulan itu menetapkan sasaran pegeluaran buah tandan segar (BTS) yang agresif sebanyak 420,000 tan selain menetapkan sasaran penanaman semula yang lebih rendah sebanyak 2,800 hektar berbanding 4,300 hektar pada 2004 manakala 1,000 hektar lagi dijangka matang.
"Sehingga akhir 2024, kawasan matang seluas 21,000 hektar manakala kawasan belum matang seluas 6,900 hektar.
"Sementara itu, semua permohonan baja yang dijadualkan pada tahun lepas sudah hampir siap," katanya dalam satu nota kajian.
PublicInvest berkata, Sarawak Plantation mengakhiri FY24 dengan pendapatan teras sebanyak RM74.9 juta, masing-masing menyumbang 95% dan 108% daripada jangkaan tahun penuh penuh dan konsensus.
Walaupun merekodkan pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) yang lebih rendah, lonjakan harga MSM mendorong kumpulan mencatatkan keputusan lebih kukuh
Sementara itu, pengeluaran BTS pada 4QFY24 susut 2% kepada 88,628 tan menakala pembelian BTS daripada pihak ketiga merosot 49% kepada 53,579 tan.
Katanya, purata harga MSM 4QFY24 melonjak daripada RM3,632 tan kepada RM4,652 tan manakala harga purata isirung sawit realisasi melonjak daripada RM1,868 setiap tan kepada RM3,103 setiap tan.
"Hasil BTS pada 4QFY24 merosot daripada 4.52 tan sehektar kepada 4.18 tan sehektar manakala kadar pengekstrakan minyak (OER) susut daripada 19.93% kepada 19.18%, diperlahankan oleh BTS yang diproses dan kandungan minyak yang lebih rendah," katanya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "outperform" dengan harga sasaran (TP) RM2.94 sesaham. - DagangNews.com








