KUALA LUMPUR 3 Julai — Kimlun Corporation Berhad diramal mampu mencatatkan keputusan suku tahunan paling kukuh sejak penyenaraian di bursa, menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research.
Firma penyelidikan tersebut berkata, perkembangan positif itu berikutan pendapatan suku pertamanya mengatasi pendapatan teras untuk tahun kewangan 2024 dengan buku tempahan tertunggak RM3.2 bilion.
Tambahnya, kumpulan itu kelihatan bersedia untuk pertumbuhan selanjutnya tahun ini dengan pengurusan syarikat itu sebelum ini menyasarkan RM1.5 bilion hingga RM2 bilion dalam kontrak pembinaan baharu.
Prospek Kimlun juga kata HLIB Research, disokong oleh buku tender RM3 bilion hingga RM4 bilion, yang terdiri daripada projek komersial dan kediaman Johor serta jenis pekerjaan infrastruktur lain.
"Segmen hartanahnya juga memanfaatkan pasaran Johor yang tengah hangat, dengan menyasarkan untuk melancarkan projek tambahan bernilai RM1.4 bilion pada FY25," katanya lagi dalam satu nota kajian.
Ia menambah, hasil aktiviti pratuang dijangka meningkat selepas pengembangan loji kumpulan itu di Johor, dengan penggunaan penuh dan potensi peningkatan daripada kitaran infrastruktur Singapura.
Kimlun katanya, mungkin memerlukan masa sebelum syarikat itu menyampaikan angka sepadan era emasnya dari FY15 hingga FY18, dengan keuntungan bersih berjulat antara RM61.1 juta dan RM81.9 juta.
Ketika itu buku tempahannya lebih rendah sebanyak RM2 bilion manakala sumbangan segmen hartanah yang minimum dan kini menjangkakan banyak tender di Sabah dan Sarawak pada separuh kedua 2025.
“Kami fikir tender di sana mungkin terdiri daripada projek jalan raya utama dengan fasa dua kepada projek Jalan Hubungan Sarawak-Sabah semasa yang berjumlah kira-kira RM1 bilion," kata HLIB Research.
Sementara itu di Johor tambah firma berkenaan, Kimlun membina peluang kerja secara kekal sihat kerana banyak pemaju didapati tergesa-gesa untuk memanfaatkan pasaran negeri tersebut yang berkembang pesat.
Katanya, ia terus menjangkakan banyak kontrak di Johor berkaitan sistem rel transit pantas atau kawasan sekitar ketika pemaju tersebut melancarkan lebih awal pelbagai projek baharu akan datang.
HLIB Research merujuk keputusan kewangan suku pertama baru-baru ini yang berjaya telah mengatasi jangkaan firma itu sendiri dan konsensus masing-masing 46% dan 62% daripada ramalan setahun penuh.
Sisihan positif datang daripada pengambilan lebih kukuh menerusi segmen hartanah, manakala bilangan daripada pembinaan dan pratuang juga melebihi kadar larian yang diandaikan oleh firma berkenaan.
Ia bagaimanapun mengekalkan saranan 'beli' ke atas Kimlun dengan harga sasaran masih RM1.42 sesaham, berdasarkan nisbah harga kepada pendapatan hadapan sembilan kali FY25. - DagangNews.com








