Barang keperluan harian tidak dikenakan cukai jualan - Kementerian Kewangan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Barang keperluan harian tidak dikenakan cukai jualan - Kementerian Kewangan

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan MADANI mengambil langkah untuk tidak mengenakan Cukai Jualan ke atas barangan keperluan harian supaya tidak memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup majoriti rakyat dan pada masa sama memastikan kadar inflasi kekal terkawal.

 

Semakan semula Cukai Jualan hanya menyasarkan barangan pilihan dan premium kepada 5% atau 10%, kata Kementerian Kewangan dalam satu hantaran di laman Facebook. 

 

sst

 

Barangan keperluan seperti hasil pertanian segar, beras, minyak masak, roti, gula, ubat-ubatan dan bahan binaan akan terus dikecualikan daripada cukai.

 

SST

 

Sementara itu, barangan mewah seperti ketam raja, buah import, cendawan truffle, minyak pati dan kain sutera akan dikenakan cukai 5%. 

 

ARTIKEL BERKAITAN: SST diperluas kepada lebih banyak perkhidmatan mulai 1 Julai 2025, barangan keperluan asas kekal bebas cukai

 

Minyak masak berasaskan minyak sawit — iaitu minyak masak berasaskan tumbuhan yang paling banyak digunakan di Malaysia — dikecualikan daripada cukai yang diperluas, manakala minyak bunga matahari akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%.

 

SST

 

Gula halus juga dikecualikan daripada SST, namun gula mentah akan dikenakan cukai jualan sebanyak 5%, menurut warta kerajaan.- DagangNews.com