Amaran banjir di Pantai Timur: TNB aktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Amaran banjir di Pantai Timur: TNB aktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 24 Mac – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersiap sedia berikutan ramalan awal banjir yang dijangka melanda beberapa daerah di Terengganu dan Kelantan bermula 23 Mac 2025, seperti yang dimaklumkan oleh Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN).

 

Menurut TNB, sebagai langkah persediaan, syarikat utiliti itu telah mengaktifkan pasukan teknikal dan kesiapsiagaan bencana bagi memastikan bekalan elektrik dapat dikawal dengan selamat serta memastikan keselamatan orang ramai.

 

“TNB sentiasa mengutamakan keselamatan pengguna dan akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memantau keadaan serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan.


 

TNB

 


Jelasnya, sekiranya banjir berlaku, bekalan elektrik di kawasan yang terjejas mungkin diputuskan sementara bagi memastikan keselamatan penduduk.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk mengelakkan kawasan yang ditenggelami air dan berhati-hati dengan peralatan elektrik dan  mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan pemindahan dan keselamatan.

 

Bagi mendapatkan maklumat atau aduan berkaitan bekalan elektrik orang ramai boleh menghubungi TNB Careline di talian 15454; e-mel ke [email protected], Private Message (PM) di Facebook TNB Careline atauDirect Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional. - DagangNews.com