KUALA LUMPUR 4 Feb - Syarikat bersekutu Hibiscus Petroleum Bhd. di Australia, 3D Oil Ltd (TDO) dianugerahkan permit penerokaan VIC/P79 di negara tersebut.
Permit bagi Lembagangan Otway luar pesisir itu dikeluarkan National Offshore Petroleum Titles Administrator, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia hari ini.
Hibiscus berkata, permit seluas 2,576 kilometer persegi itu terletak bersebelahan dengan medan gas terbesar di Lembangan Otway, Thylacine dan Geographe luar pesisir dan mengandungi Vanguard Prospect yang tinggi.
"Komitmen penerokaan telaga selama 3 tahun pertama program kerja menunjukkan keyakinan tinggi syarikat terhadap potensi Vanguard dan sejajar dengan aktiviti penggerudian yang dirancang di lembangan," katanya.
Unit Hibiscus, Oceania Hibiscus Sdn. Bhd. memiliki 11.7% kepentingan dalam TDO.
Vanguard dianggarkan mempunyai prospektif sumber sebanyak 161 bilion kaki padu (Bcf) (dalam permit) disokong sebahagiannya oleh Direct Hydrocarbon Indicators (DHI), termasuk pelbagai titik rata dan anomali amplitud.
Lembangan itu menyaksikan 100% kadar kejayaan hampir 2 dekad berikutan pengenalpastian DHI.
Menurut Hibiscus, permit itu akan memperkukuhkan lagi portfolio sedia ada dan prospek di kawasan yang sudah berkembang selepas pemprosesan dan tafsiran Sequoia 3D Marine Seismic Survey (MSS), baru-baru ini memperoleh T/49P (TDO memiliki 20% kepentingan) berhampiran oleh operator ConocoPhillips Australia (COPA),
Katanya, program kerja bagi VIC/P79 direka untuk mengeksploitasi peluang sedia ada dalam permit dengan pantas melalui satu telaga penerokaan di Vanguard Prospect dalam permit tahun tiga, selepas pemprosesan semula, penggabungan dan tafsiran 630 km persegi data seismik 3D sedia ada.
"Data yang diproses semula juga akan menyokong kajian geologi dan geofizik bagi petunjuk tambahan yang telah dikenal pasti.
"Terma Sekunder akan memberi fokus untuk memberi nilai tambah dengan meneroka kawasan yang luas dan kurang diterokai di barat.
"Ini akan dicapai dengan memperoleh dan memproses 1,000 km persegi data seismik 3D dalam permit tahun lima yang bertujuan untuk mencari penutupan tambahan," katanya. - DagangNews.com








