Sun Life Malaysia, SEBA jalin kerjasama bantu PKS bina daya tahan perniagaan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sun Life Malaysia, SEBA jalin kerjasama bantu PKS bina daya tahan perniagaan

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 Julai - Penyedia insurans hayat dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia bekerjasama dengan Yayasan Usahawan Malaysia bagi menjadi ‘Rakan Insurans Rasmi’ untuk Anugerah Perniagaan PKS dan Usahawan (SEBA) 2022. 

 

Menerusi kerjasama ini, Sun Life Malaysia menyasar untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membina daya tahan kewangan dan menguruskan risiko mereka dengan lebih baik bagi menjamin masa depan kewangan selamat. 

 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden dan Ketua Negara Sun Life Malaysia Raymond Lew berkata, Sun Life Malaysia sangat berbesar hati kerana diiktiraf sebagai rakan insurans dan takaful rasmi untuk SEBA 2022. 

 

“Sun Life Malaysia sentiasa memperjuangkan pendekatan proaktif ke arah perancangan perlindungan dan legasi. Sejak bermulanya wabak ini, kesedaran mengenai kepentingan membina daya tahan perniagaan semakin meningkat. 

 

"Kami berharap agar ilmu pengetahuan serta kepakaran kami boleh memberi bimbingan yang diperlukan PKS yang mengambil bahagian dalam mengharungi cabaran yang tidak dijangkakan dan membina daya tahan kewangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia dan Pengasas SEBA, Nitesh Malani pula berkata, pandemik ini merupakan ujian sebenar ke atas daya tahan perniagaan dan kebanyakan PKS langsung tidak bersedia untuk menghadapinya. 

 

"Kini, setelah ekonomi Malaysia semakin pulih dan perbelanjaan pengguna juga semakin meningkat, kami optimis bahawa pemilik PKS dan para usahawan bersedia untuk kembali kukuh. 

 

"Dengan pertolongan daripada Sun Life Malaysia, dan penawaran perlindungan mereka yang meluas, perniagaan tempatan kini mempunyai tempat yang dipercayai untuk mengadu dalam masa keperluan," katanya.

 

Tema penganjuran SEBA kali ke-7 ialah 'Rise UP' atau 'Bangkit, yang mengetengahkan perniagaan serta para usahawan yang berjaya mengatasi segala rintangan yang disebabkan oleh pandemik dan halangan-halangan lain yang tidak dijangkakan.  

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Life Malaysia, layari www.sunlifemalaysia.com. - DagangNews.com