KUALA LUMPUR 9 Feb - ShopeeFood menawarkan penghantaran percuma dan diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelanggan bertuah menerusi kempen ShopeeFood Day, bermula 12 hingga 14 Februari ini.
ShopeeFood memaklumkan, tawaran itu terbuka kepada pelanggan yang membuat pembelian minimum RM15 di mana-mana pedagang yang mengambil bahagian, antaranya Smoothiesbay, A&W, Nyonya Colors, Stuff’d, Kenny Rogers, Pasta OhSem, Coolblog dan lain-lain.
Platform dalam talian itu turut menawarkan baucar masa terhad di aplikasi Shopee dengan menebus lebih ganjaran antara jam 3 petang hingga 5 petang dan nikmati diskaun menarik sehingga 65% setiap hari apabila memesan dengan ShopeeFood.
"Pelanggan boleh membeli set hidangan Kenny Rogers untuk dua orang, set lengkap dengan ayam ¼ dan empat hidangan sampingan.
"Mereka juga boleh membeli minuman ais dan smoothie daripada Coolblog untuk melegakan dahaga. Pilihan kami termasuklah Mango + Passion Smoothies, Chocolate Ice Blended, Coffee Smoothies dan Kopi Gula Perang," menurut kenyataan itu hari ini.
Tambah kenyataan itu, pengguna yang membuat pesanan daripada Pedagang Tawaran Super berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM5,000 dengan pembelian minimum RM25.
"Pengguna bertuah berpeluang memenangi pengering rambut TineCo, fon telinga tanpa wayar JBL, pembesar suara kalis air bluetooth JBL, tiket filem mega TGV dan baucar ShopeeFood," katanya.
Terdapat tawaran menarik lain yang berlangsung di aplikasi Shopee sepanjang bulan ini dan semak tawaran menarik melalui ikon ShopeePay Near Me untuk tawaran istimewa serendah 1 sen.

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeeFood Day, layari https://shopee.com.my/m/shopeefoodday - DagangNews.com








