Shopee tawar ganjaran pulangan tunai 100% pada 1 Mac ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Shopee tawar ganjaran pulangan tunai 100% pada 1 Mac ini

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Feb - Shopee menawarkan pulangan tunai sebanyak 100% bagi baucar 1 Sen ShopeePay kepada pelanggan, terhad untuk satu hari pada 1 Mac ini.

 

Platform e-dagang itu memaklumkan, pulangan tunai akan berlangsung dari jam 12 pagi sehingga 2 pagi dan dari 12 tengah hari hingga 2 petang pada hari tersebut.

 

"Baucar-baucar ini boleh didapati pada ikon ShopeePay Near Me di dalam aplikasi Shopee.

 

"Jenama-jenama yang mengambil bahagian, termasuklah CU Malaysia, Sangkaya, Black Whale, Lotus’s, MR. DIY, Econsave, Guardian, KK Mart, FamilyMart, myNEWS, Eco-Shop, MR Dollar, Hero Market, Dao Desserts, A&W dan Dunkin Donuts," menurut kenyataan tersebut di sini, hari ini.

 

Jelas kenyataan itu, pengguna boleh menikmati 12% pulangan tunai syiling menerusi pembayaran minimum RM25 dengan ShopeePay di kedai-kedai seperti Ninjaz, Tiger Sugar, GSC, Hometown Hainan Coffee, Ninso dan banyak lagi. 

 

Katanya, selain tawaran pulangan tunai, ShopeePay turut menawarkan ganjaran sehingga 39,393 syiling Shopee kepada pengguna apabila mereka menambah nilai minimum RM30 ke dalam e-dompet pada tarikh tersebut. 

 

 

shopee

 

 

"Tambahan, sepanjang tempoh ini ShopeePay juga bakal memberikan potongan 50% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM5 bagi pengguna telekomunikasi untuk baucar tambah nilai dan potongan 20% tanpa sebarang perbelanjaan minimum, terhad kepada RM4 bagi setiap pembayaran bil menggunakan ShopeePay," katanya.

 

 

 

shopee

 

 

Tambah kenyataan itu lagi, penggemar makanan boleh menikmati tawaran istimewa ShopeeFood yang kini beroperasi di Johor Bahru untuk Promosi Super sehingga potongan 50% ketika melakukan pesanan. 

 

 

shopee

 

 

Untuk maklumat lanjut mengenai ShopeePay Day 1 Mac, layari, https://shopee.com.my/m/shopeepayday. - DagangNews.com