Shopee Malaysia anjur forum maya bincang kepentingan teknologi dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti terabai | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Shopee Malaysia anjur forum maya bincang kepentingan teknologi dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti terabai

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 26 April - Shopee Malaysia hari ini menganjurkan sebuah forum maya, #RayaBersamaShopee Marketplaces: Towards a More Inclusive and Participative Economy yang membincangkan kepentingan teknologi dalam memberi perkhidmatan kepada komuniti yang terabai. 

 

Panel tersebut menampilkan tiga speaker ucaptama, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi; Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid dan Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia, Kenneth Soh.

 

Menekankan cabaran masyarakat Orang Kurang Upaya (OKU) dalam menyertai ekonomi arus perdana, Ras Adiba berkata, internet menyelamatkan nyawa dan memberi mereka akses kepada komunikasi. 

 

"Memandangkan ramai daripada kami harus kekal di rumah, internet merupakan cara untuk kami mendekati dan mempelajari kemahiran baharu, berdagang dan meneruskan kehidupan. Bagi kami yang kekurangan wang, menjual barangan melalui Internet benar-benar membantu kami dan menaikkan semangat kami.

 

"Selain itu, kelas perniagaan dalam talian membolehkan kami meningkatkan pengetahuan dari segi ekonomi dan melihat diri kami seperti ahli perniagaan lain. Bagi kami yang tidak dapat keluar rumah, ini membolehkan kami melakukannya dari rumah," katanya.

 

Bercakap mengenai kesan e-dagang dalam memacu inklusiviti ekonomi arus perdana, Dr. Mohd Afzanizam pula berkata, percambahan e-dagang telah membolehkan perniagaan-perniagaan kecil menjadi lebih tangkas dalam menghadapi cabaran operasi yang diwujudkan oleh pandemik. 

 

"Ukuran kemajuan yang baik dalam perkara ini adalah peningkatan pendapatan dan perbelanjaan di platform e-dagang,” katanya.

 

Sementara itu, Kenneth berkata, tinjauan pihaknya mendapati setiap penjual tempatan yang menjual barangan buatan Malaysia secara purata menyokong lebih daripada lima orang tanggungan dalam isi rumah mereka di seluruh negara. 

 

 

shopee

 

 

shopee
Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi

 

 

"Melalui kempen pendekatan penyetempatan hiper atau hyper localised kami seperti #RayaBersamaShopee, para penjual di kawasan luar bandar dapat mempromosikan produk mereka kepada pengguna dengan lebih mudah. Pembeza utama kami adalah strategi penyetempatan kami dalam mendigitalisasikan komuniti luar bandar dan peningkatan kemahiran digital. 

 

"Begitulah cara #ShopeeSapotLokal memacu pertumbuhan e-dagang dengan cara yang mampan serta inklusif bagi pihak semua penjual kami dan komuniti yang mereka sokong,” katanya.

 

 

shopee
Kenneth Soh

 

shopee
Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid

 

 

●    Penjual-penjual Shopee amat optimistik dengan peluang yang ditawarkan oleh e-dagang: 40% daripada penjual yang ditinjau menjangkakan 50% atau lebih peningkatan dalam jualan daripada kedai dalam talian mereka semasa tempoh Hari Raya ini

 

●    70% daripada penjual Shopee yang ditinjau menggunakan Baucar Penghantaran Percuma Shopee

 

●    Ciri Bantuan Peniaga Shopee yang paling digemari ialah: Shopee Ads (48%) diikuti dengan Shopee Feed dan ciri Bump Up produk

 

Secara keseluruhan, para penjual Shopee yang mengambil bahagian dalam tinjauan tersebut berkata bahawa untuk mengembangkan perniagaan mereka, persediaan utama mereka untuk musim raya ini adalah mengikut keutamaan, meningkatkan stok inventori, menawarkan diskaun perayaan dan memperkenalkan produk baharu berdasarkan trend pengguna. - DagangNews.com