KUALA LUMPUR 25 Julai - Syarikat pemula teknologi kewangan, Qashier memperkenalkan produk terkini dalam barisan peranti titik jualan pintar (POS) miliknya, iaitu induk QashierX2 yang membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkemaskan operasi mereka dengan satu penyelesaian POS dan pembayaran bersepadu sepenuhnya.
Sejak memperkenalkan QashierXS, peranti syarikat yang paling ringan pada Ogos tahun lalu, lebih 700 pedagang baharu menyertai platform syarikat tersebut.
Peranti pertama seumpamanya di Asia Tenggara ini menggabungkan keupayaan perisian POS seperti pengurusan pesanan, inventori, kesetiaan pelanggan, dan penerimaan pembayaran untuk kad kredit, pembayaran mudah alih, e-dompet, pembayaran QR, pembayaran dalam talian dan kad kesetiaan semuanya pada peranti yang sama.
Pengasas Bersama dan Presiden Qashier, Franklin Zhao Liang berkata, setelah berada di pasaran Malaysia selama hampir dua tahun, pihaknya bersyukur kerana sumbangan mereka diiktiraf melalui Anugerah Kecemerlangan Teknologi pada awal tahun ini.
"Pendigitalan membuka pelbagai peluang perkembangan baharu untuk PKS dan membangunkan rumusan inovatif adalah kritikal bagi membantu mereka memperoleh kelebihan daya saing," katanya dalam kenyataan media di sini.
Bagi pedagang, ini memastikan pembayaran dalam talian ke luar talian dan luar talian ke dalam talian yang lancar, akses lebih luas kepada pelbagai pilihan pembayaran digital, keselamatan dipertingkatkan serta rekod jualan dan pembayaran yang diselarikan sepenuhnya, tanpa perlu menyediakan peranti pembayaran fizikal berbeza di kedai mereka.
Didorong rumusan berasaskan awan, pedagang juga boleh mengakses QashierHQ yang mana mereka menguruskan operasi dalam pejabat mereka dengan mudah melalui pelayaran internet di mana-mana, pada bila-bila masa.

Daripada pengurusan inventori kepada rekod transaksi, QashierHQ membolehkan pedagang meneliti interaksi mereka dengan pelanggan secara sepenuhnya, sekali gus memperkasakan mereka untuk membuat keputusan lebih termaklum daripada data yang diperoleh.
Induk QashierX2 ialah sebuah peranti canggih dengan reka bentuk anggun baharu menyediakan pengalaman yang dipertingkatkan untuk pedagang serta pengguna.

Rumusan semua dalam satu bersepadu untuk perniagaan juga disertakan dengan operasi tanpa wayar atau berwayar dengan ketersambungan dengan aksesori Qashier termasuk pencetak, laci wang tunai, sistem paparan dapur dan banyak lagi.

Qashier mempunyai lebih 6,000 pedagang dalam empat pasaran utama, termasuk Singapura, Malaysia, Filipina dan Thailand.
Kit permulaan QashierX2 bermula dari RM3098 untuk 12 bulan atau RM2898 bagi pra-pesanan. Sebarang maklumat lanjut tentang Qashier dan bagaimana ia boleh memperkasakan perniagaan, sila layari https://www.qashier.com/. - DagangNews.com








