PM nafi TH dikuasai orang bukan Islam | DagangNews Skip to main content

PM nafi TH dikuasai orang bukan Islam

TH

KUALA LUMPUR 14 Julai - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak dakwaan bahawa Lembaga Tabung Haji (TH) dikuasai oleh orang bukan Islam.

Jelasnya, kesemua aset tidak berdaya saing TH telah dipindahkan kepada sebuah syarikat milik penuh kerajaan sekali gus menolak dakwaan berkenaan.

"Kedudukan terkini aset TH pada 30 Jun 2020 (separuh tahun pertama 2020) seperti diumumkan dalam laporan prestasi TH adalah berjumlah RM78.0 bilion dengan lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM1.9 bilion.

"Selaras dengan pelaksaan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan TH, aset-aset yang kurang berdaya saing telah dipindahkan kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) iaitu Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJSB) yang dimiliki penuh kerajaan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

``Oleh yang demikian, TH tidak dikuasai oleh orang bukan Islam," katanya dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (PH- Parit Buntar) pada sidang Dewan Rakyat.

Jawapan bertulis itu bagi menjawab persoalan Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa yang meminta perdana menteri menyatakan kedudukan jumlah aset terkini TH dan selain ingin mendapatkan kepastian berhubung pemilikan TH yang dikuasai orang bukan Islam. - DagangNews.com