PLUS serah zakat RM2.3 juta kepada asnaf | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PLUS serah zakat RM2.3 juta kepada asnaf

Datuk Azman Ismail (empat dari kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi ketika majlis sumbangan zakat di Pejabat PLUS Wilayah Utara baru-baru ini.
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

PETALING JAYA 15 April - Sempena sambutan Ramadan tahun ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyampaikan zakat berjumlah RM2.3 juta kepada golongan asnaf di jajaran lebuh raya kendaliannya sepanjang 1,130 kilometer (km) termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). 

 

Pada tahun ini, zakat disampaikan kepada 1,997 asnaf, 17 pusat maahad tahfiz serta kakitangan PLUS yang layak serta terkesan akibat banjir pada hujung tahun lepas. 

 

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail telah menyampaikan zakat berjumlah RM50,000 bagi pihak syarikat kepada lima buah pusat maahad tahfiz yang terpilih ketika majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Wilayah Utara PLUS di Bertam, Pulau Pinang, baru-baru ini. 

 

Pada majlis tersebut, Madrasah Tahfizul Quran Penanti, Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pusat Tahfiz Bukit Gantang, Maahad Tahfiz An-Nahdhoh dan Maahad Darul Furqan masing-masing menerima zakat berjumlah RM10,000 yang disampaikan untuk meringankan beban operasi yang terkesan akibat pandemik yang panjang.

 

“Harapan kami, semoga sumbangan ini memperolehi keberkatan pada bulan yang mulia ini dan sedikit sebanyak dapat memberikan sokongan kepada pihak pengurusan menguruskan kelansungan operasi untuk pelajar-pelajar di maahad tahfiz tersebut,” menurut Azman dalam satu kenyataan hari ini.

 

Azman berkata, penyampaian zakat itu selari dengan matlamat PLUS dalam meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran komuniti sepanjang jajaran Lebuhraya PLUS dan LPT2. 

 

 

plus
Datuk Azman Ismail (kanan) bersama salah seorang wakil maahad tahfiz menerima sumbangan zakat bernilai RM10,000.

 

 

plus
Ketua Pegawai Operasi PLUS yang juga Pengarah LPT2 Sdn Bhd, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi (tengah) telah menyampaikan sumbangan wang zakat LPT2 sebanyak RM10,000.00 kepada Madrasah Darul Tauhid Wal Tahfizil Quran.

 

"Ia juga bertepatan dalam meringankan beban masyarakat yang kini memasuki fasa peralihan endemik serta menyuntik keceriaan menyambut Aidlfitri yang bakal menjelang. 

 

 

plus
Majlis penyerahan zakat oleh PLUS di Wilayah Selatan kepada asnaf dan golongan yang memerlukan.

 

 

"Kesemua penerima bantuan zakat ini adalah komuniti yang tinggal di dalam linkungan radius 30 km daripada lebuh raya," katanya. - DagangNews.com