PKP 2.0: Calon peperiksaan utama di kawasan PKP dibenar ke sekolah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PKP 2.0: Calon peperiksaan utama di kawasan PKP dibenar ke sekolah

Calon peperiksaan

Oleh MUHAMMAD ARIEF CHE SOH
[email protected]

 

 

KUALA LUMPUR 11 Jan. - Pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi sesi 2020 dan 2021 dibenarkan hadir ke sekolah dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

 


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, SOP tersebut bagaimanapun akan diperincikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

 

"Walaupun terdapat sekatan pergerakan yang ketat,mkhususnya di negeri dikenakan PKP, pengecualian diberikan kepada pelajar dan calon peperiksaan utama termasuk peperiksaan SPM bagi sesi 2020 dan 2021.

 

"Mereka dibenarkan hadir ke sekolah dengan SOP yang ketat. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia akan memperincikan SOP ini," jelasnya dalam satu perutusan khas pelaksanaan PKP hari ini.

 

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksakan semula bermula 13 sehingga 26 Januari 2021. 

 

Perintah tersebut dikenakan ke atas enam buah negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah. 

 

Baca: Kebimbangan terjawab, 6 negeri dikenakan PKP selama 14 hari

 

Mengulas berkaitan dengan aktiviti keagamaan di negeri yang dikenakan PKP, beliau berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat yang dibenarkan hadir jumlah maksimum lima orang.

 

Tambahnya,  bagi negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

 

"Pihak berkuasa agama negeri disaran untuk memberi penetapan yang bersesuaian dalam menetapkan jumlah kehadiran yang dibenarkan," jelasnya lagi. - DagangNews.com