KUALA LUMPUR 14 Julai – Public Gold, syarikat perdagangan logam berharga terkemuka di Malaysia dan Indonesia, telah menganjurkan sambutan gilang-gemilang yang dihadiri lebih 3,000 Pemilik Perniagaan Public Gold (PGBO) bagi meraikan pencapaian cemerlang mereka sepanjang tahun lalu.
Acara berprestij ini telah diserikan oleh kehadiran Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng, bersama Datin Wira Yvonne Lim, Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad, yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 12 Julai lalu.
Ditubuhkan pada tahun 2008, Public Gold memulakan perjalanannya dari sebuah lot kedai sederhana di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Dalam tempoh hanya 4 tahun, syarikat ini berkembang ke premisnya sendiri di Wisma Public Gold yang terletak di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) yang terkenal di Bayan Lepas.
Hari ini, syarikat ini beroperasi dari bangunan ikonik Menara Public Gold yang terletak di pusat Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur, bersama 19 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia, 6 di Indonesia, satu di Singapura dan yang terbaharu, satu di Dubai. Ini mencerminkan pertumbuhan pesat dan komitmen Public Gold untuk menjadi kuasa utama dalam pasaran logam berharga global.

Perolehan lebih RM20 bilion
Bagi tahun kewangan terkini, Public Gold mencatatkan pendapatan luar biasa sebanyak RM20.58 bilion, meneruskan trajektori pertumbuhan yang kukuh. Dengan hampir dua juta pelanggan berdaftar di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, Public Gold telah membina reputasinya sebagai jenama yang dipercayai di rantau ini.
Kejayaan Public Gold tidak mungkin dicapai tanpa dedikasi dan ketekunan PGBO serta pelanggan setia. Usaha gigih, semangat dan ketahanan mereka telah memainkan peranan penting dalam kejayaan syarikat ini.
Sebagai tanda penghargaan, tahun ini Public Gold menganjurkan Malam Anugerah Tahunan (ARN) 2025 bertemakan "Dua Dekad ke Hadapan: Dari Visi ke Realiti, Emas adalah Raja."
ARN 2025 menampilkan lebih 23 kategori anugerah dan mengiktiraf seramai 780 PGBO berprestasi tinggi dari seluruh rantau, dengan jumlah anugerah keseluruhan bernilai RM15,814,963.63.
Sambutan bermula dengan majlis pagi khas bagi menghargai pencapaian bintang baharu – individu yang memberi momentum kepada pertumbuhan perniagaan.

Ia diikuti dengan acara kemuncak malam yang memberi penghormatan kepada pencapaian tertinggi, di mana anugerah utama diberikan kepada Triple Diamond, Zulkifli Shafie dan Najdah Mohammed Hussain, yang menerima ganjaran kewangan berjumlah RM877,294.84 sebagai pengiktirafan atas usaha luar biasa mereka dalam mengembangkan empayar perniagaan, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di pasaran Indonesia yang sedang berkembang pesat.

Bukan itu sahaja, lagenda Double Diamond Mahaguru, Syukor Hashim dan Jonaina Nordin turut menerima ganjaran kewangan berjumlah RM908,623.79. Sebagai perintis yang percaya pada perniagaan ini sejak awal, kejayaan berterusan mereka menjadi bukti hidup bahawa dengan konsistensi dan visi, kejayaan bukan sahaja mungkin, malah boleh dijangka.
PGLS 2025
Sorotan utama malam tersebut ialah pengumuman kelayakan ke Seminar Kepimpinan Public Gold (PGLS) 2025 yang amat dinanti-nantikan, yang akan diadakan di Cape Town, Afrika Selatan dan Yogyakarta, Indonesia.
Tahun ini, seramai 280 PGBO layak ke Cape Town – meningkat daripada 150 tahun lalu, termasuk 8 peserta kelas perniagaan dan 2 peserta kelas pertama, manakala 180 PGBO layak ke seminar kepimpinan di Yogyakarta.

Secara keseluruhan, Public Gold telah melaburkan RM10 juta untuk PGLS ini, menandakan komitmen syarikat dalam memberi ganjaran dan motivasi kepada pencapai terbaik mereka.
Secara keseluruhan, Public Gold telah mengagihkan insentif bernilai RM400 juta kepada semua PGBO yang layak sepanjang tahun, mencerminkan komitmen kukuh syarikat dalam menghargai prestasi di setiap peringkat.
Detik paling mengagumkan sepanjang hari tersebut ialah pelancaran rasmi jongkong emas terbesar yang pernah dihasilkan oleh Public Gold. Jongkong emas seberat 1,000 auns dengan ketulenan luar biasa 999.9 dan anggaran nilai RM16 juta itu telah didedahkan dalam penuh kegemilangan.
Pelancaran bersejarah ini menjadi lambang ketukangan, kredibiliti dan komitmen Public Gold terhadap kecemerlangan.


Menurut Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold, “Di Public Gold, kami bukan sekadar syarikat perdagangan emas. Kami mempunyai misi yang lebih besar — untuk memperkasakan komuniti dalam membina legasi yang berkekalan dan mencapai kekayaan mampan melalui simpanan emas.
"Selain itu, kami juga komited untuk memberi ganjaran yang lumayan kepada PGBO atas dedikasi dan pencapaian mereka, sebagai satu bentuk galakan untuk terus mencapai kejayaan yang lebih tinggi bersama kami.”
Melangkah ke hadapan, Public Gold akan terus memperkukuh jejaknya di Malaysia sambil mempercepatkan pengembangan di Indonesia melalui pendidikan, inovasi teknologi dan kerjasama strategik.
Visi berani syarikat adalah untuk mencapai 10 juta pelanggan di peringkat global menjelang tahun 2030, sebagai bukti komitmen berterusan terhadap kecemerlangan, pemberdayaan dan pertumbuhan. - DagangNews.com








