KUALA LUMPUR 14 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Tamil (Chithirai Puthandu) kepada masyarakat Tamil dan Vaisakhi kepada masyarakat Sikh yang menyambutnya hari ini.
Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau percaya tahun baharu yang disambut ini atas dasar Keluarga Malaysia yang mengeratkan lagi hubungan antara etnik di negara ini.
"Persefahaman yang lebih erat dan keharmonian beragama harus dikekalkan dalam kalangan Keluarga Malaysia.
"Apa yang paling penting adalah tentang menghormati antara satu sama lain yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.
"Semoga masyarakat Tamil dan Sikh khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa," katanya.
Katanya, hari ini juga merupakan masa untuk meraikan permulaan baru bagi meraih kemakmuran. - DagangNews.com








